SEPANG: Syarikat penerbangan Kemboja, Lanmei Airlines akan mengendalikan penerbangan terus setiap minggu di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PNH) Kemboja dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkuat kuasa semalam.
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan PNH-KLIA pada setiap Sabtu.
Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Darren Chan Chee Seng berkata, syarikat penerbangan itu berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan daripada sekali seminggu pada masa ini kepada dua kali seminggu, dan seterusnya, melaksanakan penerbangan harian sekiranya menerima permintaan yang tinggi.
"Pengembara pada masa ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia yang pulang dari bekerja di Kemboja, kumpulan pelancong dari Kemboja yang melawat Malaysia, selain turut menghubungkan penumpang dari China ke Malaysia.
"Malaysia merupakan lokasi yang amat strategik (untuk pelancongan). Rakyat Kemboja kini lebih bijak untuk mengembara.
"Mereka mengembara ke Bangkok (Thailand), Malaysia dan Singapura pada masa ini untuk membeli-belah, dan dengan ekonomi yang berkembang di Kemboja, lebih ramai rakyatnya akan melancong ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke KLIA di sini pada Sabtu.
Hadir sama Atase Komersial Kedutaan Kemboja di Malaysia Hao Ann dan Timbalan Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan Malaysia Airports Holdings Bhd Mohamed Sallauddin Mat Sah.
Mohamed Sallauddin dalam ucapannya berkata, kewujudan laluan baharu Lanmei Airlines ke KLIA akan memperkukuhkan lagi kesalinghubungan udara lapangan terbang itu, dan seterusnya menggalakkan ketibaan pelancong di antara kedua-dua negara.
"Dengan adanya Lanmei Airlines di Malaysia, ia akan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan berpangkalan di Kemboja yang memberikan perkhidmatan ke laluan tersebut, dan sebagai peluang untuk pertumbuhan masa depan.
"Ini adalah berita baik untuk Malaysia memandangkan perjalanan udara menunjukkan isyarat pemulihan dengan kelonggaran sekatan sempadan secara perlahan-lahan di banyak negara," katanya.
Penerbangan Lanmei Airlines LQ770 berlepas dari Phnom Penh pada 2 petang dan penerbangan pergi balik LQ771 berlepas dari KLIA pada 6 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Syarikat penerbangan itu berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan daripada sekali seminggu pada masa ini kepada dua kali seminggu. - Foto Facebook/Lanmei Airlines

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lanmei Airlines laksana penerbangan terus setiap minggu
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan PNH-KLIA pada setiap Sabtu.