Langkah-langkah yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran tukaran asing sudah mencukupi untuk menyokong ringgit, menurut Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) Malaysia.
Pengerusinya Datuk Ramesh Kodammal berkata ringgit tidak akan mengalami keadaan tidak menentu yang ketara pada masa ini, susulan langkah-langkah BNM itu.
"Melihat kepada keadaan semasa ini, langkah-langkah yang diambil Bank Negara, meminta pengeksport menukar 75 peratus daripada dolar AS kepada ringgit, adalah idea yang baik pada masa ini untuk menyokong ringgit," katanya kepada Bernama selepas taklimat media Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) mengenai perkembangan terkini ekonomi Asia Tenggara di sini pada Rabu.
Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata rizab antarabangsanya susut AS$1.9 bilion kepada AS$96.4 bilion pada 30 Nov, 2016 berbanding AS$98.3 bilion dua minggu sebelumnya, yang mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Paras rizab pada 30 Nov, 2016 itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek, katanya.
Sementara itu, Penasihat Ekonomi ICAEW dan Ketua Pakar Ekonomi Oxford Priyanka Kishore berkata campur tangan BNM untuk menyokong ringgit memang telah dijangka.
Pada Jumaat lepas, BNM mengumumkan langkah-langkah baru untuk menggalakkan lebih banyak perdagangan dalam negeri dalam ringgit, sebagai usaha untuk mengekang kejatuhan mata wang tempatan berbanding dolar AS.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata pengeksport hanya boleh menyimpan sehingga 25 peratus daripada perolehan eksport dalam mata wang asing di bawah peraturan baru itu, dengan baki yang lebih memerlukan kelulusan BNM.
"Mata wang asing yang terhasil daripada penukaran perolehan eksport akan digunakan untuk memastikan kecairan berterusan mata wang asing dalam pasaran dalam negeri," katanya.
Langkah-langkah berkenaan berkuat kuasa pada Isnin.
Sementara itu, Ramesh berkata mengenai masa depan, ringgit dijangka kekal pada paras semasa dalam jangka pendek, sebelum pulih kembali kepada kira-kira RM4 berbanding satu dolar AS pada separuh pertama 2017.
"Saya percaya eksport kita akan bertambah baik dan harga minyak akan kekal pada sekitar AS$60-AS$65 setong pada separuh pertama tahun depan, sejajar dengan pemulihan dalam harga komoditi yang lain.
"Banyak pelaburan asing dijangka datang pada masa akan depan, terutamanya disebabkan ringgit yang lebih rendah," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 08 2016

Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata rizab antarabangsanya susut US$1.9 bilion kepada US$96.4 bilion pada 30 Nov, 2016 berbanding US$98.3 bilion dua minggu sebelumnya. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Langkah-langkah terbaru BNM cukup untuk sokong ringgit - AIBC
Langkah-langkah yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran tukaran asing sudah mencukupi untuk menyokong ringgit.