KUALA LUMPUR: KPower Berhad pada Selasa mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Powernet Industries Sdn Bhd (PISB), telah memeterai perjanjian jual beli dengan Magnitude Resources Sdn Bhd (MRSB) bagi cadangan pelupusan tanah dan harta perindustriannya di Bentong, Pahang sebanyak RM12 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KPower, Amirul Afif Abd Aziz berkata, dalam usaha selanjutnya untuk mempercepatkan inisiatif penjenamaan semula, penstrukturan semula dan permodalan semula KPower, syarikat telah membuat keputusan untuk melepaskan aset bukan teras dan menggunakan sumber itu untuk menumpukan pada perniagaan teras dalam sfera kelestarian tenaga dan utiliti.
Beliau berkata, syarikat percaya masih terdapat banyak peluang dalam industri tenaga dan utiliti yang mampan yang hanya menunggu untuk dimanfaatkan.
Katanya, satu cara untuk meneruskannya adalah melalui Cadangan Pelupusan yang akan menyediakan aliran tunai segera kepada Kumpulan yang akan dilabur semula untuk menjana pendapatan masa depan bagi penciptaan kekayaan jangka panjang dan nilai untuk para pemegang saham.
"Pada masa yang sama, kami juga berharap Cadangan Pelupusan akan membantu merangsang keuntungan Kumpulan yang telah terjejas oleh kos tinggi yang berkaitan dengan pembuatan perniagaan tekstil yang berada dalam kedudukan negatif sejak 2004," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Cadangan Pelupusan itu, hasil tunai berjumlah RM12 juta telah diperuntukkan sebahagian besarnya untuk keperluan modal kerja am dan dijangka diselesaikan pada akhir Jun ini.
KPower beroperasi dalam segmen tenaga mampan dan utiliti khusus dalam Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).
Ditubuhkan pada 3 Februari 1997, KPower telah disenarai awam pada 22 Mac 2002 sebagai sebuah syarikat pembuatan tekstil dan kemudiannya dipindahkan ke Pasaran Utama Bursa Securities pada tahun 2009.
Pada Jun 2019, Kumpulan yang diketuai oleh Mustakim Mat Nun, memulakan transformasi besar kepada segmen baharu termasuk tenaga mampan dan utiliti dengan tumpuan kepada aktiviti berkaitan pembinaan dan perkhidmatan kejuruteraan khusus. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jun 15 2022
Penjualan aset ini bagi mempercepatkan inisiatif penjenamaan semula, penstrukturan semula dan permodalan semula KPower.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
KPower jual aset di Bentong, Pahang berharga RM12 juta
Syarikat percaya masih terdapat banyak peluang dalam industri tenaga dan utiliti yang mampan yang hanya menunggu untuk dimanfaatkan.
Perolehan suku pertama KPower susut 23%
Dalam kenyataannya, Kpower berkata, Kumpulan mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.52 juta.