Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata beliau akan berehat buat sementara waktu dan meluangkan masa bersama keluarga selepas meninggalkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuatkuasa 30 Jun 2018, kata beliau dalam satu kenyataan.
“Setelah 17 tahun 'berkhidmat untuk negara' ('national service') dengan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan bermula dengan Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008), Maybank (2008-2013), Kerajaan Malaysia (2013-2016) dan PNB (2016-2018), saya akan mengambil peluang ini untuk berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.
Abdul Wahid turut melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Datuk Abdul Rahman Ahmad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam membawa PNB menjadi firma pelaburan terkemuka dunia.
BACA: Zeti ganti Abdul Wahid sebagai Pengerusi PNB
Wahid berkata pelantikan individu penuh integriti seperti Zeti akan memastikan peralihan kepimpinan Lembaga Pengarah PNB dengan lancar dan teratur untuk memastikan urusan pelaburan dan operasi Kumpulan PNB tidak terjejas.
“Ini merupakan satu kesinambungan tradisi kepimpinan PNB dari kalangan mereka yang ternama dan mempunyai reputasi integriti dan kebolehan yang tinggi bermula daripada Allahyarham Tun Ismail Ali dan kemudiannya Tun Ahmad Sarji. Sebagai
"Pengerusi yang ketiga, saya berbesar hati menyerahkan tugas kepada Tan Sri Zeti dalam kedudukan kewangan PNB yang terus kukuh dan reputasi kekal sebagai sebuah institusi nasional yang berintegriti.” Katanya
Abdul Wahid mengetui PNB sejak 1 Ogos 2016 selepas tamat tugas sebagai Senator dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib Aroff
Fri Jun 29 2018
Abdul Wahid mengetuai PNB sejak 1 Ogos 2016 selepas tamat tugas sebagai Senator dalam kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. _ Foto AstroAWANI
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.