KUALA LUMPUR: Ketiadaan Cukai Makmur dalam Belanjawan 2023, yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2023, memberikan kelegaan yang besar kepada sektor korporat, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
"Tanpa pengenaan Cukai Makmur, penganalisis meramalkan konsensus kadar pertumbuhan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 20.1 peratus untuk 2023 berbanding negatif 1.3 peratus untuk 2022.
"Ini petanda yang baik untuk pasaran modal," katanya dalam satu kenyataan selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023, di sini, hari ini.
Beliau juga memuji komitmen yang dipertingkatkan terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan pembangunan mampan.
"Saya gembira apabila Perdana Menteri komited kepada belanjawan pengembangan tetapi dengan kemampanan kewangan jangka panjang dan tanggungjawab fiskal dengan mengurangkan defisit fiskal kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022 dan seterusnya kepada 3.2 peratus pada 2025," katanya.
Beliau berkata, ini akan dapat dicapai dengan meningkatkan keberkesanan kutipan cukai dan menutup ketirisan serta meluaskan asas hasil dengan pengenalan semula cukai ke atas barangan mewah dan cukai keuntungan modal (CGT) ke atas saham dalam syarikat-syarikat yang tidak tersenarai.
Beliau menambah bahawa yang kedua itu adalah optimum kerana ia akan menggalakkan lebih banyak syarikat tidak tersenarai untuk menyenaraikan saham mereka di bursa saham dan merangsang pertumbuhan pasaran modal. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Tanpa pengenaan Cukai Makmur, penganalisis meramalkan konsensus kadar pertumbuhan pendapatan sesaham sebanyak 20.1 peratus untuk 2023 berbanding negatif 1.3 peratus untuk 2022, kata Tan Sri Wahid Omar. - Gambar fail
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.