PUTRAJAYA: Golongan Bumiputera hanya menguasai 7 peratus penguasaan korporat dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022.
Menurut Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, jumlah tersebut mewakili keseluruhan 1,000 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.
"Daripada 1,000 syarikat yang tersenrai dalam Bursa Malaysia, hanya 62 syarikat dikuasai oleh bumiputera.
"Ini bermakna hanya 7 peratus sahaja pemilikan syarikat dikuasi Bumiputera dan hanya sekitar 30 hingga 40 peratus Bumiputera memegang Sistem Depositori Pusat (CDS)," tambah beliau.
Ketika melakukan Pembentangan Hasil Sesi Libat Urus Penguasaan Korporat dan Penciptaan Kekayaan bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di sini, hari ini, Abdul Wahid turut mendedahkan pecahan data ekuiti saham mengikut kaum.
Jelas beliau, kadar pemilikan ekuiti bagi saham tersenarai dan tidak tersenarai juga masih rendah di bawah sasaran 30 peratus.
"Dalam konteks ekuiti, berdasarkan data terkini hanya 18.4 peratus oleh kaum Bumiputera menguasinya (setakat tahun 2020).
"Jumlah terbabit termasuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
"Namun, jumlah tersebut tidak termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan institusi nasional yang masih jauh daripada sasaran," jelas beliau lagi.
Untuk rekod, meskipun pemilikan ekuiti saham meningkat sejak tahun 2019 (17.2 peratus), angka tersebut masih jauh lebih rendah berbanding hampir sedekad lalu dimana kadar pada 2011 adalah 23.4 peratus.
Azib Zikry
Fri Mar 01 2024

Golongan Bumiputera hanya menguasai 7 peratus penguasaan korporat dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022, kata Abdul Wahid. - Gambar fail

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024
Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,569.70 daripada 1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.