Menjalankan perniagaan di India bukannya mudah dan terdapat juga banyak risiko.
Syarikat yang tertarik untuk memulakan perniagaan di negara ini kerana upah pekerja yang murah, bagaimanapun kemudiannya berdepan dengan banyak masalah.
Antara kesulitan yang dialami adalah kos infrastruktur yang begitu tinggi, dasar serta prosedur kerajaan dan kesukaran melaksanakan kontrak. Paling parah, sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, mereka berdepan pula dengan syarat baru!
Pasaran di India sememangnya besar dan banyak syarikat utama dalam apa juga sektor mudah tertarik untuk menjalankan perniagaan di India.
Lazimnya akan ada anggapan mudah bagi syarikat besar untuk menangani segala kerenah untuk memulakan perniagaan di India berbanding yang bersaiz kecil dan sederhana.
Namun ada masanya keadaan itu tidak berlaku seperti apa yang dialami oleh Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang kini disiasat polis India. Beberapa orang lagi dilaporkan turut disiasat atas dakwaan melanggar peraturan menubuhkan AirAsia India Ltd (AAIL).
BACA: Kerajaan India siasat kes yang difailkan agensi terhadap Tony Fernandes
BACA: AirAsia India sangkal tuduhan CBI terhadap Tony Fernandes
Usahasama ini melibatkan syarikat penerbangan bajet terbesar Asia dan Tata Sons, konglomerat terbesar India.
AirAsia Bhd memiliki 49 peratus, kepentingan maksimum yang dibenarkan untuk pelabur asing di bawah undang-undang penerbangan India sementara 49 peratus lagi dipegang Tata sementara bakinya dipegang dua pemegang saham India.
Biro Siasatan Pusat India (CBI) pada 28 Mei memfailkan kes mendakwa Fernandes dan beberapa individu lain melanggar peraturan dalam memperoleh pelbagai permit untuk penubuhan serta pengendalian syarikat penerbangan itu.
Beberapa dakwaan itu memaparkan dakwaan yang dibuat oleh Persekutuan Syarikat Penerbangan India (FIA) yang mewakili syarikat penerbangan tempatan iaitu IndiGo, Jet Airways, SpiceJet dan GoAir, yang membantah kemasukan AirAsia India ke dalam industri penerbangan India.
Ketua parti nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy adalah pengkritik lantang usahasama AirAsia India. Beliau menggelarkan syarikat itu sebagai penerbangan "haram" dan memuji agensi penyiasatan India kerana 'tindakan yang diambil ke atas kes itu'.
Pihak berkuasa India iaitu Lembaga Promosi Pelaburan Asing, Ketua Pengarah Penerbangan Awam dan Kementerian Penerbangan Awam mendapati semuanya menepati peraturan untuk membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi pada pertengahan 2014.
AirAsia India mencatat pertumbuhan besar dalam tempoh empat tahun beroperasi. Dengan 18 buah pesawat 320 dan rangkaian 19 destinasi meliputi Bengaluru, New Delhi dan Kolkata.
AirAsia India juga merancang untuk melancarkan tawaran saham awal (IPO) dan memulakan penerbangan antarabangsa apabila jumlah pesawatnya bertambah kepada minimum 20 pesawat untuk pasaran domestik.
Menurut satu dakwaan dalam laporan CBI, terdapat usaha melobi untuk menyingkirkan peraturan apa yang dipanggil "5/20" untuk membolehkan AirAsia India memulakan lebih awal operasi penerbangan antarabangsa.
Peraturan itu mewajibkan syarikat penerbangan yang berpangkalan di India perlu melengkapkan tempoh operasi lima tahun berturut-turut dan mempunyai 20 buah pesawat dalam pasaran domestik sebelum memulakan penerbangan antarabangsa.
Peraturan berkenaan diketahui menjejaskan sektor penerbangan India dan kerajaan memindanya serta beberapa undang-undang lain pada 2016 untuk menjadikan India lebih menarik kepada pelaburan industri penerbangan.
Di bawah peraturan yang dipinda, syarikat penerbangan tidak lagi dikehendaki mempunyai operasi lima tahun tetapi masih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 pesawat untuk penerbangan dalam negeri.
Sebagai pemegang berkepentingan dalam sektor penerbangan India, AirAsia dan pegawai-pegawainya semestinya mempunyai pandangan tersendiri mengenai undang-undang yang mengawal industri penerbangan India.
Terpulang kepada mereka bagaimana melahirkan pandangan itu, sama ada pada persidangan industri atau ketika bermesyuarat dengan pegawai kerajaan.
Sekiranya benar dakwaan pihak berkenaan melanggar undang-undang India, perkara ini mesti dibuktikan dengan jelas.
AirAsia menolak dakwaan dan sebarang cadangan mereka melanggar peraturan.
"AirAsia menafikan dengan sekeras-kerasnya semua tuduhan dan percaya dakwaan ini tidak berasas dan dibuat atas sebab yang masih belum diketahui, " syarikat memberitahu Bursa Malaysia.
"Tindakan undang-undang untuk melindungi AirAsia serta kepentingannya akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dengan niat jahat mencetuskan dakwaan ini serta mencemarkan nama baik individu dan pemegang saham AAIL," katanya.
AirAsia tanpa ragu lagi satu jenama global dan begitu juga Kumpulan Tata India. Pastinya syarikat ini tidak akan menjalankan perniagaan yang melanggar peraturan.
Pindaan ke atas peraturan "5/20" serta reformasi lain menunjukkan kerajaan India serius untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan.
Bagaimanapun, langkah untuk mengadakan reformasi mungkin terencat sedikit apabila menteri penerbangan, Pusapati Ashok Gajapathi Raju meletak jawatan selepas Parti Telugu Desam beliau menarik diri dari kerajaan pusat yang diketuai BJP pada Mac lepas.
Reformasi "5/20" itu bukan sahaja memberi manfaat kepada AirAsia India tetapi juga usahasama Singapore Airlines (SIA) iaitu Vistara yang memulakan operasi pada 2013.
Kumpulan Tata memiliki 51 peratus Vistara sementara 49 peratus dipegang oleh pihak Singapura.
Pelancaran kedua-dua syarikat penerbangan ini mempunyai kedudukan kewangan serta kemahiran sedikit sebanyak memulihkan imej sektor penerbangan India yang tercemar akibat kegagalan Kingfisher Airlines milik hartawan arak Vijay Mallya, yang sudah lari meninggalkan India.
Di sebalik potensi pertumbuhan bilangan penumpang, kebanyakan syarikat penerbangan India menghadapi masalah kewangan. Sektor ini masih tidak berapa menarik untuk pelaburan asing.
Tidak ada pihak yang melahirkan minat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penerbangan kebangsaan, Air India apabila tawaran ditutup pada 31 Mei lepas.
Kerajaan India bercadang menjual 76 peratus kepentingannya dalam Air India yang meneruskan operasi selepas pakej menyelamat 10 tahun yang diumumkan pada 2012.
Seorang pegawai kanan kerajaan percaya kes AirAsia yang disiasat CBI ini tidak akan menjejaskan proses penjualan saham Air India.
"Saya tak fikir apa yang berlaku akan menjejaskan proses menjual kepentingan Air India," Setiausaha Penerbangan Awam, Rajiv Nayan Choubey memberitahu media India.
Bagaimanapun bukan semua yakin. Pelabur berpotensi sudah tentunya akan memerhatikan bagaimna AirAsia dilayan di India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 04 2018
AirAsia Bhd memiliki 49 peratus, kepentingan maksimum yang dibenarkan untuk pelabur asing di bawah undang-undang penerbangan India. - Gambar hiasan
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Kejadian tanah runtuh di Genting Highlands
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada awal pagi Jumaat menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Serpihan pisau dikeluarkan daripada tulang belakang Saif Ali Khan
Bintang Bollywood, Saif Ali Khan yang cedera akibat diserang dengan pisau semasa cubaan rompakan di rumahnya di Bandra, Mumbai sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif.
Potensi pelaburan bernilai RM1 bilion
Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.