KUALA LUMPUR: Potensi kerjasama di antara Malaysia dan Tesla bukan sahaja terhad kepada sektor kenderaan elektrik (EV) semata-mata tetapi turut membabitkan sektor lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata akan ada pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk sebelum akhir minggu ini.
"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini.
"Apa yang kita mahu ialah untuk menarik lebih banyak potensi atau komitmen pelaburan dalam sektor automotif dan sektor lain yang boleh kami pasarkan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023 di sini hari ini.
Tesla, pereka dan pengilang EV yang beribu pejabat di Austin, Texas, AS, akan membuat penampilan sulung rasminya di Malaysia dengan pelancaran rasmi berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Julai.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, beliau berharap Tesla akan mengambil bahagian dalam IEMS 2023 yang dijadualkan pada 4-6 Oktober.
Beliau berkata IEMS 2023 berharap untuk memperoleh RM4 bilion dalam teknologi hijau dan prospek pelaburan yang diterajui kemampanan berbanding RM3 bilion yang diperoleh pada tahun lepas.
Kira-kira 400 peserta pameran dari 40 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Sweden, Austria dan Belanda dijangka mengambil bahagian dalam IEMS 2023, yang bakal menarik 40,000 pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Tengku Zafrul berkata, pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk dijadualkan sebelum akhir minggu ini. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022.

Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.

Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang
Ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia selepas yang pertama di premis sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul
Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.

Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.

Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul
Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EV global seperti Tesla.

Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.