KUALA LUMPUR: Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diumumkan kerajaan pada Rabu akan menerangkan hala tuju ekonomi Malaysia untuk dekad ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kedua-dua perancangan itu bertujuan menarik pelabur ke negara ini dan menjana peluang kerjaya yang bernilai tinggi, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat.
Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan kerangka 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat' di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini, pada 9 pagi manakala Kementerian Ekonomi akan meluncurkan NETR Fasa 1 pada sebelah petang.
Usaha menarik pelabur ke Malaysia bukan sekadar aktiviti perjumpaan semata-mata, sebaliknya kerajaan juga perlu meyakinkan pelabur dengan menjawab persoalan mereka mengenai pulangan dan keistimewaan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan utama, katanya.
"Dengan NETR, kita akan terangkan komitmen kerajaan untuk mencapai lonjakan besar dari segi ekonomi," katanya menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, @rafiziramli.
Rafizi berkata kedua-dua perancangan tersebut merupakan satu lonjakan utama untuk menunjukkan dan menghantar isyarat kepada dunia bahawa Malaysia akan menjadi peneraju industri hijau nombor satu di rantau ini.
"Kita sudah dapatkan pelaburan RM25 bilion yang terdiri daripada 10 projek rintis bertaraf nasional yang sekarang ini sudah mula ada sambutan yang baik daripada pelabur-pelabur kerana ia menjawab persoalan pelabur mengenai sektor yang mampu menjanjikan masa depan kandungan teknologi dan pulangan (kepada pelabur)," katanya.
Beliau berkata Malaysia mempunyai potensi yang cukup baik dalam peralihan sektor tenaga, dengan kedudukan geografi di tengah-tengah rantau Asia Tenggara menjadikan negara ini berada pada kedudukan yang sangat strategik.
"Kita berada paling depan untuk menjadi pemimpin, peneraju industri tenaga boleh baharu atau peralihan tenaga.
"Mengikut rekod pelaburan seluruh dunia, industri yang paling banyak mendapat pelaburan dalam tempoh dua tahun lepas adalah industri tenaga boleh baharu," katanya.
Rafizi turut menempelak kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang tidak mempunyai perancangan ekonomi besar yang diumumkan untuk menarik atau meyakinkan pelabur.
"Sampai ke hari ini, PN masih tidak ada rancangan ekonomi baik untuk negeri ataupun untuk negara. PN mempersoalkan hala tuju ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan - harap mereka dengar dengan teliti pagi dan petang Khamis," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Rafizi berkata Kerangka Ekonomi MADANI dan NETR menghantar isyarat kepada dunia bahawa Malaysia akan menjadi peneraju industri hijau nombor satu di rantau ini. - Facebook Rafizi Ramli

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.

Lima syarikat China berminat labur di Taman Perindustrian TBB, Gerbang Nusajaya
Lima syarikat terkemuka itu mempunyai kepakaran dalam bidang berteknologi tinggi termasuk kejuruteraan dan sumber tenaga.

Teknologi baharu penting untuk merealisasikan matlamat NETR - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, teknologi baharu menawarkan alternatif mampan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi yang selari dengan pemeliharaan alam sekitar.

Sarawak tarik RM4.2 bilion pelaburan suku pertama 2024 - Tengku Zafrul
Negeri Sarawak telah berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024.

Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.

Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.

Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.

Konsep bekerja berpasukan diterjemah di Parlimen
Mesyuarat Kabinet hari ini menterjemahkan saranan Anwar Ibrahim untuk mengamalkan konsep bekerja secara berpasukan, termasuk dalam perkara menjawab soalan-soalan di Parlimen.

Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.

Malaysia berkedudukan baik menerajui peluang ekonomi di ASEAN - Liew
Malaysia dilengkapi dengan tenaga kerja yang mampu berbahasa Inggeris, iklim politik yang stabil dan rangka kerja 'Common Law' yang mantap.