Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata setakat 2015, sebanyak kira-kira RM7.2 bilion nilai perniagaan melalui kaedah itu telah direkodkan.
"Melalui kemudahan lebih baik yang disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jumlah penggunaan aplikasi e-dagang meningkat setiap hari," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Pos Malaysia Berhad di sini, pada Khamis.
Jailani berkata kerajaan Sarawak juga menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang e-dagang dengan memanfaatkan sepenuhnya 124 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang ditubuhkan MCMC atau Pos Malaysia.
"Pusat ini juga bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
"Dari 2008 hingga sekarang, kerajaan telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi menjamin wujudnya capaian internet dan komunikasi lebih baik di negeri ini," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini sahaja, kerajaan akan membelanjakan RM35 juta untuk mendirikan kira-kira 70 menara komuniksi selular kecil di seluruh negeri ini.
Sementara itu, Jailani berkata Pos Malaysia Berhad akan membelanjakan RM5 juta bagi memodenkan pejabat pos di Kapit, Limbang, Serian, Lutong, Bintangor, Sarikei, Saratok dan Sri Aman pada tahun ini.
Pusat Poslaju Miri juga akan dinaik taraf melibatkan kos RM1 juta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

JAILANI: Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Perkembangan media sosial beri kesan kepada warisan budaya
Perkembangan media sosial memberi kesan kurang elok kepada warisan budaya di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Kerajaan sasar jana aktiviti perniagaan e-dagang RM8.2 bilion hingga 2020
Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020.

Peti surat digital, inovasi baharu e-Dagang
SKMM serta Pos Malaysia akan melaksanakan transformasi baharu yang dikenali sebagai Peti Surat Digital bagi memenuhi permintaan perniagaan elektronik (e-Dagang).

SKMM tahan, siasat lelaki tohmah kepimpinan negara - Jailani
SKMM telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mentohmah kepimpinan negara yang viral di laman sosial, kata Datuk Jailani Johari.

Syarikat telekomunikasi kerugian RM10 juta setahun - Jailani
Syarikat telekomunikasi terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Kerajaan akan guna skrin di tempat awam untuk tangkis tohmahan - Jailani
Kerajaan akan menggunakan rangkaian skrin di tempat awam di seluruh negara untuk menangkis tohmahan terhadapnya.

Kementerian ambil tindakan tegas atasi jenayah siber - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengakui sukar untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang membuat pelbagai tohmahan.

SKMM akan kaji semula akta yang sedia ada- Jailani
SKMM akan mengkaji beberapa peruntukkan di bawah akta berkenaan bertujuan menambahbaik serta mengatasi kelemahan sedia ada.

Pasangan persenda umat Islam dan Ramadan boleh didakwa
Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini Isnin bagi memberi keterangan.