Syarikat telekomunikasi terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang melakukan perbuatan tersebut.
"Kita kesal apabila kadangkala berlaku kecurian kabel dan inilah masalah serta cabaran utama kerana kita dapati dianggarkan sejumlah RM10 juta kos kecurian kabel berlaku di seluruh negara setahun.
"Kita sememangnya mengharapkan kerjasama daripada penduduk tempatan dan pihak berkuasa agar memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chapu, Felda Mengkawang, Menerong dan Padang Tera di Kampung Chapu di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur Md Rusli Ahmad.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata pihaknya menerusi SKMM akan sentiasa berusaha meningkatkan kadar capaian jalur lebar di seluruh negara.
"Kos pembinaan setiap menara dianggarkan mencecah sehingga RM1.2 juta, bagaimanapun kos pembinaan itu akan meningkat mengikut keadaan terutamanya apabila melibatkan kos pengambilan tanah, akses jalan masuk ke tempat pembinaan dan sebagainya.
"Kita juga akan terus melaksanakan pembinaan infrastruktur ini kerana kita dapati terdapat kawasan yang kadar liputannya masih kurang dan ini dalam penilaian SKMM...mungkin ada lagi pembinaan menara selepas ini," katanya.
Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu, berkata Terengganu kini mempunyai 83 menara telekomunikasi dengan beberapa lagi dirancang dibina di kawasan kurang liputan termasuk di daerah ini.
Dalam pada itu, beliau berkata PI1M di Kampung Chapu akan dijadikan Pusat Pengumpulan dan Agihan Produk Tempatan yang pertama di Semenanjung.
"Selain dijadikan tempat untuk mengakses internet, penduduk dapat menjana ekonomi yang mana mereka dapat menjual produk secara dalam talian.
"Kita akan bekerjasama dengan Pos Malaysia yang akan memungut produk yang dikumpul berkenaan bagi proses penghantaran kepada pembeli," katanya.
Jailani berkata enam lagi PI1M di Hulu Terengganu adalah di Felda Tersat, Kampung Chepoh, Felda Bukit Bading, Kampung Pasir Tinggi, Felda Jerangau Barat dan Kampung Lerek.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2016

JAILANI: Syarikat telekomunikasi menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Perkembangan media sosial beri kesan kepada warisan budaya
Perkembangan media sosial memberi kesan kurang elok kepada warisan budaya di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Kerajaan sasar jana aktiviti perniagaan e-dagang RM8.2 bilion hingga 2020
Kerajaan berharap dapat menjana aktiviti perniagaan e-dagang bernilai RM8.2 bilion di seluruh negara menjelang 2020.

Peti surat digital, inovasi baharu e-Dagang
SKMM serta Pos Malaysia akan melaksanakan transformasi baharu yang dikenali sebagai Peti Surat Digital bagi memenuhi permintaan perniagaan elektronik (e-Dagang).

SKMM tahan, siasat lelaki tohmah kepimpinan negara - Jailani
SKMM telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mentohmah kepimpinan negara yang viral di laman sosial, kata Datuk Jailani Johari.

Syarikat telekomunikasi kerugian RM10 juta setahun - Jailani
Syarikat telekomunikasi terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Kerajaan akan guna skrin di tempat awam untuk tangkis tohmahan - Jailani
Kerajaan akan menggunakan rangkaian skrin di tempat awam di seluruh negara untuk menangkis tohmahan terhadapnya.

Kementerian ambil tindakan tegas atasi jenayah siber - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengakui sukar untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang membuat pelbagai tohmahan.

SKMM akan kaji semula akta yang sedia ada- Jailani
SKMM akan mengkaji beberapa peruntukkan di bawah akta berkenaan bertujuan menambahbaik serta mengatasi kelemahan sedia ada.

Pasangan persenda umat Islam dan Ramadan boleh didakwa
Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini Isnin bagi memberi keterangan.