KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mencari jalan bagi mereformasikan ekosistem pemula niaga dari segi modal teroka dan pelaburan ke arah kemajuan syarikat-syarikat ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada pembiayaan untuk ekosistem pemula niaga dan cara ia boleh diwujudkan di peringkat pelabur budiman dan modal awal.
"Pada pandangan saya adalah untuk melihat bagaimana lebih banyak pelaburan (ke dalam syarikat pemula niaga) akan dibuat di peringkat pelabur budiman dan modal awal.
"Ini adalah perkara yang kita mahu lihat, bagaimana kita boleh mencipta lebih banyak syarikat pemula niaga di peringkat pelabur budiman dan modal awal," katanya pada siri ceramah Ilham Mavcap anjuran Malaysia Venture Capital Management Bhd (Mavcap) di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, Malaysia kini menawarkan lebih banyak kelebihan untuk ekosistem pemula niaga ke rantau ini berbanding dengan negara-negara jirannya.
"Kita mempunyai pelan yang betul, (dan) dengan semua ekosistem dan agensi bekerjasama, kita boleh mendahului dengan cepat berbanding dengan rakan-rakan kita.
"Kita mahu menjadi hab pilihan pelabur digital, setanding dengan Singapura dan Indonesia," katanya.
Sementara itu, Rafizi menyatakan kerajaan juga sedang mengusahakan cara untuk mengintegrasikan sistem 'back-end' yang ditugaskan untuk membantu memajukan syarikat pemula niaga dalam ekosistem digital dan teknologi pada tahap dan peringkat yang berbeza.
"Saya akan duduk bersama Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab ke atas ekosistem digital pada 21 Jun bagi memastikan semua orang mempunyai matlamat yang sama dan memutuskan secara kolektif bagaimana kita akan melakukannya.
"Kita akan meminta 20 agensi ini (yang berkaitan dengan ekosistem) bahawa kita perlu bergerak ke arah pendekatan satu tetingkap, sama seperti yang kita lakukan dengan sistem permohonan visa," katanya.
Rafizi menambah idea untuk mengintegrasikan sistem 'back-end' untuk digital dan teknologi akan dibentangkan kepada Majlis Ekonomi Digital yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada akhir Julai.
"Kita akan mempunyai lebih banyak kejelasan tentang bagaimana sebenarnya untuk kita akan melakukan hal ini, mengenai pendekatan tetingkap tunggal pada bulan Ogos kerana selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Digital pada akhir Julai, kita berharap mendapat kebenaran untuk membuat pengumuman yang besar melibatkan beberapa pelaburan besar," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Rafizi berkata, kerajaan akan tumpu kepada pembiayaan untuk ekosistem pemula niaga dan cara ia boleh diwujudkan di peringkat pelabur budiman dan modal awal. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Potensi pemula niaga yang dikenal pasti beri sumbangan besar kepada ekonomi - Gobind
Beliau berkata terdapat keperluan untuk memastikan penghasilan ekosistem yang sesuai di sekitar industri bagi menyokong pertumbuhan.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

KWAP umum kumpulan pertama pelaburan di bawah Strategi Dana Perintis berjumlah RM100 juta
KWAP mengumumkan kumpulan pertama pelaburan di bawah strategi Dana Perintisnya yang berjumlah RM100 juta.

Usahawan disaran bekerjasama pupuk ekosistem pemula niaga yang berkembang maju - Fadillah
Fadillah berkata kerjasama dalam komuniti akan mewujudkan masyarakat yang inovatif dan kreatif di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan ke arah mereformasikan ekosistem pemula niaga, tumpuan pada pelaburan - Rafizi
Kerajaan akan tumpu kepada pembiayaan untuk ekosistem pemula niaga dan cara ia boleh diwujudkan di peringkat pelabur budiman dan modal awal.

Cyberview pelawa pemula niaga teknologi sertai program CLLA
Program intensif selama lima bulan itu akan membolehkan syarikat membangunkan penyelesaian untuk meningkatkan penawaran bandar pintar di Cyberjaya.

Ekonomi digital Malaysia boleh melepasi 20 peratus kepada KDNK lebih awal daripada 2020
Beliau yakin tahap tersebut boleh dicapai lebih awal kerana Malaysia sudah mula melaksanakan pelbagai projek ekonomi digital tahun ini.