KUCHING: Komuniti keusahawanan mesti bersama-sama berganding bahu memupuk ekosistem pemula niaga yang berkembang maju di Malaysia, serta mengenal pasti jurang dan mencari penyelesaian kolaboratif dalam memacu negara ke hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata kerjasama dalam komuniti akan mewujudkan masyarakat yang inovatif dan kreatif di kalangan rakyat Malaysia, sekali gus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan memacu pertumbuhan negara.
"Secara global, industri pemula niaga telah mempelopori beberapa teknologi yang paling inovatif, mewujudkan lebih banyak pekerjaan berbanding perniagaan tradisional. Tatkala kita mengemudi era Revolusi Perindustrian Keempat, nilai dan faedah industri pemula niaga tidak dapat dinafikan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Malaysia 2022 di sini, semalam.
Majlis itu menyaksikan lima syarikat pemula niaga dinamakan sebagai pemenang kebangsaan iaitu Satok Bridge Area Consulting Engineers Sdn Bhd, BeeBag, manekNya, Qarbotech dan Hong Xin Food Sdn Bhd.
Masing-masing menerima dana permulaan sebanyak RM30,000, selain peluang untuk berhubung dengan ekosistem LiveWIRE global serta berkongsi pengetahuan mereka dengan usahawan di seluruh dunia, sambil berpeluang bersaing dalam anugerah tahunan 10 Inovator Teratas Global Shell.
Satok Bridge Area Consulting Engineers, satu-satunya pemenang dari Sarawak menerima hadiah wang tunai tambahan RM20,000 daripada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) sebagai motivasi untuk menyemarakkan lebih banyak penyertaan dari negeri ini.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Pengerusi TEGAS Datuk Len Talif Salleh dan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman turut hadir pada majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Fadillah (tengah) bersama Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurairrah Sulaiman (kanan) pada Majlis Penganugerahan Kebangsaan Shell LiveWIRE, di Kuching, 15 Julai 2023. -- fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.