Sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kira-kira 17 peratus sekarang ini, dijangka melepasi unjuran sasaran 20 peratus lebih awal daripada 2020, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau yakin tahap tersebut boleh dicapai lebih awal kerana Malaysia sudah mula melaksanakan pelbagai projek ekonomi digital tahun ini, termasuk pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (ZPBD) pada 22 Mac dan kini Hab Digital Malaysia.
"Malaysia juga boleh memanfaatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan ZPBD adalah kawasan di mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita boleh mendapat manfaat daripada perkongsian dengan peserta besar seperti Ali Baba.
"Berdasarkan kadar Digital Economy Corp Sdn Bhd (MDEC) membawa masuk pelaburan, kita boleh mencapainya (sasaran 20 peratus kepada KDNK) lebih awal daripada 2020," katanya selepas merasmikan Hab Digital Malaysia dan Pogram Usahawan Teknologi Malaysia di sini hari ini.
Mohd Irwan berkata, ekosistem Malaysia untuk pemula niaga adalah kondusif dan berikutan peraturan, dasar dan kemudahan yang disediakan, negara ini menjadi negara kedua teratas untuk melancarkan pemula niaga di dunia.
"Kita sudah mula melihat banyak pemula niaga baharu dilancarkan di Malaysia, manakala pemula niaga yang bermula di negara lain seperti Singapura, kini kembali untuk membina pangkalan mereka di sini," tambahnya.
Malaysia Digital Hub diperkenal MDEC hari ini menawarkan peluang kepada pemula niaga untuk berkembang ke peringkat global, akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi dan kesambungan gentian optik, peluang pembiayaan dan kemudahan , ekosistem tenaga kerja tersedia, tumpuan secara teknologi dan kemudahan holistik serta pengalaman gaya hidup.
Ia memberi tumpuan kepada empat kategori, iaitu mengembangkan pemula niaga, syarikat teknologi global, pencepat dan pembina bakat serta pelabur.
Antara insentif untuk Hab Digital Malaysia ialah pengecualian cukai korporat untuk pemula niaga teknologi, Program Usahawan Teknologi Malaysia yang mengeluarkan pas untuk individu yang ingin mendiri atau mengembangkan perniagaan mereka ke Malaysia serta akses kepada pembiayaan.
Insentif cukai khas akan memanfaatkan regim cukai sedia ada. Sebarang insentif lain akan diumumkan kemudian.
Tiga hab digital yang diluluskan kerajaan pada masa ini ialah APW, The Co dan Common Ground, semuanya terletak di Lembah Klang. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017

Mohd Irwan berkata, ekosistem Malaysia untuk pemula niaga adalah kondusif dan berikutan peraturan, dasar dan kemudahan yang disediakan, negara ini menjadi negara kedua teratas untuk melancarkan pemula niaga di dunia. Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.