Kerajaan sedang mengkaji alternatif baru bagi menggantikan MyEG untuk proses pembaharuan permit pekerja asing bagi mengelakkan berlakunya monopoli.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, syarikat baru itu adalah di bawah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU).
“Oleh itu, kerajaan sekarang sedang meneliti satu alternatif kepada MyEG, ia di bawah MAMPU dan oleh kerajaan.
“Tetapi ia belum dilaksanakan lagi.. dan tujuannya supaya tidak berlaku monopoli.. itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat pada Rabu.
Katanya, banyak syarikat telah membentangkan produk mereka pada 2012, dan hanya MyEG yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan apa dikehendaki oleh kerajaan.
“(Syarikat) yang lainnya tidak berkesan,” kata Wan Junaidi lagi.
Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Wan Junaidi telah menjawab soalan dari Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang menanyakan mengapa kerajaan masih memberi kontrak kepada MyEG sedangkan sudah ada sistem NERS.
Menjawab soalan tersebut, beliau berkata sistem NERS dan MyEG adalah dua sistem berbeza di mana sistem NERS bertujuan bagi merekodkan biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat.
Manakala, kata Wan Junaidi, pelaksanaan penyeragaman pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk semua sektor pekerja asing menerusi MyEG adalah bagi membolehkan permit pembaharuan pekerja asing bagi semua sektor akan dibuat secara atas talian.
Jelas beliau, secara dasarnya tujuan ini adalah untuk menangani isu penyelewegan serta persepsi negatif terhadap Jabatan Imigresen.
Tambahnya, ia juga bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan terutama mengurangkan kesesakan di pejabat imigresen.
“Pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan keupayaan untuk meningkatkan kemudahan dan nilai-nilai tambah,” katanya lagi.
Penggunaan khidmat MyEG telah mendapat kritikan beberapa pihak kerana didakwa merumitkan lagi proses membawa pekerja asing ke negara ini, selain bayaran caj RM38 yang dikenakan.
Haider Yutim
Wed Apr 08 2015

Dr Wan Junaidi berkata sistem NERS dan MyEG adalah dua sistem yang berbeza. - Gambar Fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.

MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.

KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen
MyEG diberikan lanjutan selama dua tahun oleh KDN bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.

Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.

Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.

Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.

Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022
Perolehan MyEG susut 10.11 peratus kepada RM651.18 juta daripada RM724.41 juta sebelum ini berikutan permintaan yang rendah.

Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.

MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.