KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mempergiat libat urus dengan pihak korporat, termasuk pengeksport, pengimport, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) untuk menggalakkan aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang diadakan hari ini, Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour memaklumkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus bertambah baik.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang diselaraskan antara kerajaan, BNM, GLIC dan GLC serta unjuran yang diumumkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) semalam.
Beliau berkata unjuran tersebut menunjukkan bahawa kadar inflasi AS yang lebih terkawal dan pelan utuh normalisasi dasar monetarinya pada tahun ini akan mengekang kenaikan dolar AS.
"Sejak memulakan operasi bersama (inisiatif itu), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 1.4 peratus kepada 4.7135 hari ini daripada 4.7773 pada 23 Februari, 2024.
"Namun begitu, ketidaktentuan pasaran kewangan global akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang ringgit selagi tindakan dasar monetari ekonomi-ekonomi maju masih tidak jelas," kata beliau menerusi satu hantaran di laman sosial X rasminya.
Sementara itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan melaksanakan inisiatif 'New Deal For Business' (NDFB) menerusi penambahbaikan kecekapan proses dan prosedur serta pelaksanaan reformasi struktur dalam menjalankan perniagaan.
Beliau berkata mesyuarat MTEN hari ini juga telah meneliti secara mendalam cadangan NDFB itu yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan pelabur serta melonjakkan pertumbuhan produktiviti, daya saing dan ekonomi negara.
"Justeru, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaan semua inisiatif NDFB," kata Anwar.
Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai 'Pengukuhan Kerangka Jaminan Pendapatan Usia Tua di Malaysia' yang menumpukan kepada isu penuaan serta kesannya, termasuk persediaan negara dalam menyediakan jaminan pendapatan usia tua.
Justeru, mesyuarat itu memutuskan satu kajian menyeluruh perlu dijalankan bagi menambah baik kerangka jaminan pendapatan usia tua di Malaysia agar lebih holistik, kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Anwar berkata, Abdul Rasheed memaklumkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar AS terus bertambah baik. - Gambar X Anwar Ibrahim

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan akan terus pergiat libat urus dengan syarikat korporat galak aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing - PM Anwar
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mempergiat libat urus dengan pelbagai pihak untuk menggalakkan aliran masuk dana ke pasaran pertukaran asing tempatan.

Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II
Pembubaran memberi kesan kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus.

Isu UPSR: KPM perlu dapatkan pandangan semua pihak
Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, kajian menyeluruh perlu dijalankan berikutan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap pencapaian sekolah rendah.

Kerajaan masih kaji secara terperinci elaun kritikal penjawat awam
Penyerahan kertas cadangan tersebut perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM
Kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.

Kerajaan pusat akan kaji fenomena 'air termenung' di Tumpat
Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kajian merangkumi sistem perparitan termasuk ke mana air tersebut akan dialirkan.

Rumah gelandangan bagus, tapi kaji dulu dengan menyeluruh - pakar
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mengambil kira segenap aspek sebelum memberikan penempatan kepada golongan gelandangan.