Kerajaan hari ini menegaskan bahawa kenaikan harga kereta jenama Honda baru-baru ini tidak melibatkan situasi semasa industri automotif negara.
Kementerian Kewangan (MoF) berkata kerajaan sentiasa memastikan dasar-dasar percukaian ke atas industri pengeluaran kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan merencatkan perkembangan perniagaan dan meningkatkan harga pasaran kenderaan CKD.
"Rakyat akan sentiasa mendapat manfaat langsung daripada insentif cukai yang dinikmati oleh pengeluar kenderaan CKD melalui harga jualan yang kompetitif serta manfaat tidak langsung melalui peluang-peluang ekonomi yang wujud, selaras dengan hasrat di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020," menurut MoF dalam kenyataan hari ini.
Kementerian itu berkata tiada perubahan terhadap dasar pengecualian duti eksais atau insentif tersuai di bawah 'Industrial Linkage' Programme' malah keseluruhan industri automotif tempatan tetap stabil.
"Syarikat perlu mematuhi semakan audit dan menepati dasar serta insentif pengecualian duti/cukai yang sedia ada supaya tidak menimbulkan persoalan dan bertindak adil kepada semua syarikat yang mematuhi asas yang sama dan kriteria yang betul.
"Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif selaku pihak yang menilai dan mengesyorkan kelulusan insentif syarikat masih mengguna pakai kaedah penilaian yang sama tanpa sebarang perubahan. Justeru, kadar pengecualian duti eksais yang dinikmati syarikat Honda pada masa ini adalah wajar dan sepadan dengan tahap lokalisasi sebenar yang telah dicapai oleh syarikat," menurut MoF.
Kenyataan MoF itu adalah bagi mengulas siaran media yang dibuat oleh syarikat Honda Malaysia pada 21 Feb, Jumaat yang memaklumkan peningkatan harga jualan sebanyak lima peratus hingga sembilan peratus bagi beberapa model dan varian kenderaan keluarannya mulai tarikh itu.
Menurut Honda, kenaikan tersebut adalah kerana syarikat telah menyemak dan meningkatkan pematuhan terhadap insentif pengecualian duti/cukai ke atas kenderaan pengeluaran kenderaan CKD keluarannya, kata MoF.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020

Honda Malaysia pada 21 Feb lalu memaklumkan peningkatan harga jualan sebanyak lima peratus hingga sembilan peratus bagi beberapa model dan varian kenderaan keluarannya mulai tarikh itu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.

SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan

Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.

Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.

Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.

Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.

Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.

Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.

Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.