KUALA LUMPUR: Menaikkan gaji minimum setiap dua tahun akan mencerminkan realiti ekonomi semasa, demikian menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Pemangku Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan Dr Juita Mohamad berkata gaji peringkat kemasukan telah kekal pada paras yang sama sekurang-kurangnya 15 tahun dan gaji tidak berkembang secara organik memandangkan persatuan perdagangan, serta persatuan pekerja tidak mempunyai kuasa yang kuat untuk merundingkan faedah gaji dan bukan gaji di tempat kerja.
"Dengan tiadanya cara lain untuk merundingkan perihal gaji, undang-undang gaji minimum adalah satu-satunya cara untuk kenaikan gaji di negara ini," katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi emel baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan baru-baru ini mengumumkan gaji minimum sekitar RM1,500 sebulan dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.
Menurut menteri itu, kadar baharu itu masih belum dimuktamadkan kerana kementerian sedang menunggu kelulusan Kabinet dan menyatakan isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Juita berkata sebarang semakan gaji minimum perlu mencerminkan inflasi, serta peningkatan kos sara dan taraf hidup semasa.
"Gaji harus dinaikkan mengikut wilayah atau pekerjaan dan sektor supaya ia mengambil kira permintaan dan penawaran sektor tertentu serta mencerminkan kos sara hidup kawasan tertentu. Tetapi kenaikan itu harus tepat pada masanya dan berkala," katanya.
Sementara itu, beliau berkata instrumen dan dasar lain juga perlu digunakan untuk memastikan harga tidak meningkat secara drastik sambil menambah menetapkan siling harga bagi barangan terpilih dan menggunakan subsidi mungkin membantu.
Juita seterusnya menyatakan gaji minimum harus menjadi garis panduan untuk majikan dari segi pampasan tetapi majikan perlu ingat bahawa ini tidak semestinya menggambarkan kos sara hidup sebenar dan faktor seperti inflasi.
Gaji Minimum dan Pemulihan Ekonomi
Kenaikan gaji minimum yang dicadangkan telah menimbulkan bantahan daripada pihak persatuan yang mewakili industri dan majikan.
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) mengulangi bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.
Sementara itu, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan daripada RM1,200 sekarang, sambil menyatakan pelarasan gaji mesti dilakukan secara progresif.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata cadangan untuk menaikkan gaji minimum sebanyak 25 peratus kepada RM1,500 akan memberi kesan yang tidak diingini kepada ekonomi terutamanya dalam keadaan sekarang.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula memberitahu Bernama sekiranya gaji minimum dilaksanakan segera, ia akan memberi kesan kepada kos operasi perniagaan pada masa pemulihan ekonomi masih lemah.
"Saya rasa kerajaan perlu mengambil sikap berkecuali dalam hal ini dan menilai secara terperinci keupayaan industri untuk menaikkan gaji minimum. Walau apa pun keputusannya, ia juga harus berdasarkan fakta," tambahnya.
Tekanan Inflasi
Inflasi Malaysia, seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna, meningkat 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan bahan api serta kesan asas.
Peningkatan IHP sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun pada Disember 2021 sebahagiannya menyumbang kepada lonjakan negara ke inflasi tahunan 2021 pada 2.5 peratus berbanding deflasi 1.2 peratus pada 2020 ketika negara berdepan dengan faktor-faktor termasuk varian Omicron dan kekurangan bekalan makanan disebabkan oleh musim hujan lebat.
Juita berkata kenaikan inflasi semasa adalah isu di seluruh dunia, berpunca daripada permintaan global yang lebih kukuh dan harga tenaga yang lebih tinggi, selepas dua tahun memerangi pandemik melalui pelaksanaan sekatan pergerakan.
"Pandemik dan sekatan pergerakan membawa kepada kejutan permintaan dan bekalan pada skala global. Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia tidak terlepas daripada kesan buruk yang ditimbulkan oleh pandemik itu," tambahnya.
Tekanan inflasi serta ditambah lagi dengan banjir yang melanda negara baru-baru ini, memberi tekanan dalam bekalan barangan keperluan terpilih keluaran tempatan.
Bagi meminimumkan kesan negatif kenaikan harga kepada pengguna dalam jangka pendek, Juita mencadangkan dasar fiskal termasuk subsidi dan siling harga boleh dilaksanakan oleh kerajaan.
"Bagaimanapun, pada pandangan saya, instrumen dan intervensi ini perlu diperkenalkan pada masa yang tepat memandangkan terdapat potensi peningkatan ambang gaji minimum tahun ini kepada RM1,500 sebulan," kata Juita.
Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa untuk melaraskan kadar faedah bagi memastikan tekanan inflasi dapat dielakkan, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

IDEAS berpendapat sebarang semakan gaji minimum perlu mencerminkan inflasi, serta peningkatan kos sara dan taraf hidup semasa.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.

Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.