KUALA LUMPUR: Maxis Bhd. (Maxis) melancarkan kempen jenama terbaharu, 'Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia' (RKRM) dalam usaha meneruskan komitmen memperkasakan rakyat serta perniagaan dengan kesalinghubungan menerusi pelbagai cara, pada setiap masa dan untuk semua komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut berkata, RKRM mewakili pengukuhan tujuan jenama Maxis iaitu 'Terus Menerajui' yang dilancarkan pada tahun 2020 lalu.
“Kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia dipacu oleh evolusi Maxis daripada penyedia telekomunikasi mudah alih kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan pelbagai penyelesaian bagi setiap segmen yang dikuasakan oleh rangkaian 4G terkemuka, liputan fiber serta inovasi 5G terbaik.
“Pengguna boleh menjangkakan syarikat akan menawarkan tiga teras inovasi terbaharu yang selari dengan komitmen Maxis,” katanya pada majlis pelancaran kempen baharu itu di sini pada Rabu.
Jelas Ogut, teras pertama adalah kesalinghubungan bila-bila masa, di mana jua. Menerusinya kami akan terus menyediakan sambungan teknologi yang tidak hanya terhad kepada liputan mudah alih sebaliknya termasuk fiber, jaringan tetap serta kesambungan terbaik perusahaan yang diperlukan syarikat di Malaysia.
“Teras kedua adalah keupayaan dan penyelesaian digital yang meluas. Justeru, komitmen kami adalah menyediakan penyelesaian ICT kepada perusahaan tempatan… keupayaan yang telah dibangunkan serta menawarkan peranti terbaik selain penyelesaian kepada pelanggan Maxis.
“Teras terakhir yang boleh dijangka oleh pengguna Maxis adalah terus berhubung tanpa risau dengan bantuan pakar 24 jam sehari. Pelanggan boleh menikmati bantuan tanpa risau untuk berkerja dan bermain melalui saluran khidmat pelanggan, Maxpert serta saluran dalam talian.
Dalam itu, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, RKRM ialah perwakilan penting realiti baharu ini dan mengukuhkan lagi komitmen syarikat terhadap semua lapisan masyarakat di Malaysia.
"Kami teruja dengan perjalanan yang dilalui Maxis dan ini adalah titik permulaan. Kami sudah melihat perubahan dalam tingkah laku hasil daripada dunia fizikal dan digital yang berkembang menjadi hibrid sebenar.
"Kesalinghubungan tertumpu bukan lagi 'mudah untuk dimiliki', tetapi kini menjadi satu keperluan dan pembekal dijangka menawarkan lebih daripada sekadar sambungan mudah alih atau tetap supaya kerja, pengajian dan kehidupan tidak terganggu,” katanya dalam majlis sama.
Rangkaian Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang pelbagai melalui inisiatif komunitinya.
Ia turut merangkumi pembelajaran digital selepas sekolah, membina kehadiran digital yang lebih besar untuk usahawan wanita, usaha kemanusiaan serta melabur dalam generasi lelaki dan wanita akan datang, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), bakat kepimpinan dan inovasi.
Haikal Raman
Thu Feb 10 2022

RKRM mewakili pengukuhan tujuan jenama Maxis iaitu 'Terus Menerajui' yang dilancarkan pada tahun 2020 lalu.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kempen jenama baharu Maxis, komitmen memperkasa rakyat dan perniagaan
Maxis Bhd. (Maxis) melancarkan kempen jenama terbaharu, 'Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia' (RKRM) dalam usaha meneruskan komitmen memperkasakan rakyat serta perniagaan.