KUALA LUMPUR: Penjelasan lanjut mengenai hala tuju kadar faedah oleh bank-bank pusat utama dijangka memberikan sokongan kepada ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun pada masa hadapan, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC).
Dalam laporan ringkasan mesyuarat 7 Ogos yang dikeluarkan hari ini, FMC berkata ringgit telah mengukuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS sejak mesyuarat 19 Jun lepas dan didagangkan lebih baik berbanding mata wang serantau lain.
"Sentimen pasaran sekitar ringgit secara amnya bertambah baik. Peserta pasaran menjangka Rizab Persekutuan AS akan menghampiri penghujung kitaran kenaikan kadarnya berikutan tanda-tanda inflasi yang menyederhana selain usaha pihak berkuasa China yang terus membuat pelbagai langkah bagi merangsang pemulihan ekonominya," kata jawatankuasa itu.
FMC berkata pemulihan sentimen pasaran dapat dilihat daripada minat asing yang kukuh dalam pasaran kewangan domestik.
"Bukan pemastautin meneruskan pembelian bon kerajaan Malaysia dengan peningkatan pegangan tahunan yang sehingga kini mencecah RM22.5 bilion menjelang akhir Jun," katanya.
FMC ketika mengulas mengenai pasaran ekuiti menjelaskan pelabur bukan pemastautin merekodkan aliran masuk RM1.4 bilion pada Julai, pemulihan selepas menyaksikan aliran keluar 10 bulan berturut-turut dan menyumbang kepada prestasi kukuh FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak 6.0 peratus.
Mesyuarat itu juga mengambil maklum respons positif daripada peserta pasaran mengenai kenyataan FMC pada Jun termasuk pengesahan semula daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membendung turun naik atau susut nilai yang berlebihan melalui campur tangan dalam pasaran pertukaran asing.
"Untuk tujuan ini, mesyuarat itu juga mengesahkan kepentingan ringgit akan ditentukan oleh kuasa pasaran bagi membolehkan pelarasan berlaku sejajar dengan perkembangan global serta asas domestik," kata jawatankuasa berkenaan.
Memandangkan pengukuhan ringgit baru-baru ini, mesyuarat itu juga menyatakan bahawa beberapa pengeksport telah meningkatkan penukaran hasil eksport manakala pengimport terus menguruskan pembelian dan melindung nilai dolar US untuk keperluan perniagaan mereka.
"Namun begitu, ahli telah mengambil maklum usaha berterusan oleh bank dalam pesisir dalam melibatkan pelanggan korporat mereka mengenai strategi bagi mengurus baki mata wang asing mereka dengan lebih baik, berdasarkan peralihan dalam kadar faedah global serta tahap diskaun hadapan dolar US pada kos lindung nilai," kata FMC.
Mengenai prospek pertumbuhan ekonomi, jawatankuasa itu positif dengan pengumuman baru-baru ini mengenai rangka kerja Ekonomi Madani serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang berpotensi meningkatkan daya saing ekonomi, memudahkan peralihan kepada ekonomi yang lebih mampan dan menyediakan sokongan untuk prospek jangka panjang ringgit.
"Mesyuarat itu menekankan keperluan untuk komitmen berterusan dan pelaksanaan yang berkesan dalam memastikan kejayaan inisiatif ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Ringgit telah mengukuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS sejak mesyuarat 19 Jun lepas dan didagangkan lebih baik berbanding mata wang serantau lain. - Gambar fail
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau
Sewaktu pasaran ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.06 mata atau 0.3 peratus kepada 1,665.65.
Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Pemotongan itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global.
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 pada penutup semalam.
Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menurunnya dan ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh prestasi lemah pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.