SHAH ALAM: Nilai ringgit yang dilaporkan menyusut pada kadar terendah mampu memberi kesan langsung kepada sektor import dan eksport negara.
Pakar Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, keadaan tersebut juga sekali gus memberi impak terhadap keyakinan pelabur yang mempengaruhi aliran keluar masuk wang.
“Makin banyak pelabur masuk, makin kukuh ringgit. Begitu juga perdagangan, kalau eksport menyokong ringgit, banyak import tak sokong, (akan) jadi mahal segala (barangan) import termasuk makanan. Namun pengeksport meningkat sebab dapat lebih nilai ringgit,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, media melaporkan ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global tidak menentu.
Pada jam 9.01 pagi Rabu, unit tempatan merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS (USD) daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.
Dalam pada itu Nungsari menjelaskan, kedudukan mata wang dolar AS yang semakin mengukuh berbanding mata wang di kebanyakan negara disebabkan negara itu secara agresif menaikkan kadar faedah sekali gus menarik dana bagi mengukuhkan dolar AS.
“(Berbanding) Eropah bermasalah sebab inflasi tinggi selain kesan peperangan di Ukraine. Euro (pula) hampir sama nilai 1-1 dengan USD, begitu juga pound Britain.
“Ringgit juga akan terkesan dengan kekuatan dolar AS (kerana) nilai ringgit turut bergantung kepada beberapa perkara lain seperti harga minyak yang sah jatuh, perbezaan kadar faedah berbanding dolar AS misalnya.
“Selagi tidak ada perubahan dalam faktor berkenaan, kita tidak akan tahu berapa lama kedudukan tersebut kekal,” ujarnya.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Ali berpandangan, nilai dolar AS dan ringgit mungkin akan meningkat ke paras 4.50 sebelum membuat penurunan sekiranya mencecah ke paras tertinggi 4.80.
“Tetapi jika kita lihat carta ringgit/dolar AS, ada kemungkinan ringgit akan membuat pengukuhan.
“Bila (ringgit mengukuh) itu tidak pasti, bergantung pergerakan bulan Oktober nanti. Kalau pergerakan bulan 10 masih menyusut, maka pengukuhan tidak akan berlaku,” jelasnya.
Kesan negatif penurunan nilai mata wang ringgit
1) Barangan import lebih mahal
Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yang jatuh.
2) Harga barangan akan naik
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai mata wang, cukai barangan dan perkhidmatan, harga minyak yang tinggi dan sebagainya.
3) Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.
Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai mata wang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.
4) Mahasiswa di luar negara terkesan.
Kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku mereka akan mengecil dan terbeban untuk membayar yuran pengajian.
5) Inflasi
Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan.
6) Penurunan harga minyak
Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai mata wang malaysia juga mengalami penurunan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 08 2022
![Kejatuhan ringgit beri kesan kepada import, eksport Kejatuhan ringgit beri kesan kepada import, eksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662599647_wang.jpg)
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai mata wang. - Gambar hiasan
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pakar ekonomi gesa laksanakan pembaharuan sistem percukaian Malaysia Pakar ekonomi gesa laksanakan pembaharuan sistem percukaian Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718195236_tbDrNungsariAhmad.jpg)
Pakar ekonomi gesa laksanakan pembaharuan sistem percukaian Malaysia
Nungsari berkata, sistem percukaian negara mesti melalui pembaharuan untuk memberikan daya apungan yang lebih besar kepada hasil kerajaan.
![MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638207069_MAHBMalaysiaAirpo.jpg)
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
![Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia - Ahli ekonomi Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708323010_TBKualaLumpur.jpg)
Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia - Ahli ekonomi
Peningkatan pelaburan pada suku keempat 2023 memberi petanda positif bagi pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia, kata ahli ekonomi Nungsari Ahmad Radhi.
![Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697192445_RON.jpg)
Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi
Kaedah ini membolehkan kerajaan menghapuskan subsidi harga bahan api dan pada masa sama mengekalkan kuasa beli golongan kurang mampu.
![Kejatuhan ringgit beri kesan kepada import, eksport Kejatuhan ringgit beri kesan kepada import, eksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662599647_wang.jpg)
Kejatuhan ringgit beri kesan kepada import, eksport
Keadaan tersebut juga sekali gus memberi impak terhadap keyakinan pelabur yang mempengaruhi aliran keluar masuk wang.
![Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61581404114_NungsariAhmad.jpg)
Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi
Skim-skim perlindungan sosial atau pencen yang sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan mereka yang pencen tidak berdepan masalah.
![Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652741909_BailoutuntukSapura.jpg)
Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![Mavcom terima sebarang kritikan membina jika ia mampu perkukuh industri Mavcom terima sebarang kritikan membina jika ia mampu perkukuh industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81558978956_NungsariAhmad.jpg)
Mavcom terima sebarang kritikan membina jika ia mampu perkukuh industri
Menyedari terdapat aduan mengenai peranan suruhanjaya itu, Pengerusi Eksekutif, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata badan itu menerima aduan terbabit sekiranya ia bersifat membina.
![Trafik penumpang cecah 100 juta walaupun kadar pertumbuhan perlahan Trafik penumpang cecah 100 juta walaupun kadar pertumbuhan perlahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513567483_KLIADua.jpg)
Trafik penumpang cecah 100 juta walaupun kadar pertumbuhan perlahan
Trafik penumpang di Malaysia dijangka meningkat kepada antara 100.3 juta dan 101.1 juta penumpang pada 2018 walaupun kadar pertumbuhan dianggarkan antara 1.1 peratus dan 2.2 peratus pada 2018.
![Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif Mavcom baharu Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif Mavcom baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532064426_AnthonyLokeSiewF.jpg)
Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif Mavcom baharu
Elaun baharu pengerusi eksekutif Mavcom itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).