Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyifatkan kenyataan tidak menyenangkan yang dibuat sesetengah pihak berhubung amalan dan pengawalseliaan industri yang ditetapkan pihaknya sebagai baik dan sama penting bagi cabaran masa depan.
Menyedari terdapat aduan mengenai peranan suruhanjaya itu, Pengerusi Eksekutif, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata badan itu menerima aduan terbabit sekiranya ia bersifat membina.
"Kami wujud pada hari ini susulan impian untuk mengembangkan KUL dan Pulau Pinang sebagai destinasi penerbangan utama, kami perlu memastikan syarikat penerbangan melihat Malaysia sebagai negara yang telus dan memiliki bidang kuasa saksama.
"Keputusan dibuat secara bebas berdasarkan dasar dan peraturan tanpa campur tangan politik," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
KUL adalah kod lapangan terbang yang diberikan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai pengenal pasti lokasi IATA.
KUL termasuk kedua-dua terminal di lapangan terbaik itu memandangkan ia merupakan lapangan terbang tunggal.
Kerajaan, katanya, menetapkan dasar, menggubal undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia namun Mavcom memutuskan pengawalseliaan -- dengan perundingan bersama pihak berkepentingan -- dan apabila ia diwartakan, ia menangung penuh beban undang-undang.
"Kami di sini bertujuan melaksanakan undang-undang, anda mahu memohon hak trafik, dan perkara lain berkaitan persaingan, penggabungan, pelesenan, jangan memberitahu saya bahawa semua itu perlu dibincangkan di Kabinet. Anda mahu menarik balik lesen pengendali darat, adakah anda mahu membawa perkara itu ke Kabinet?" katanya.
Tujuan penubuhan Mavcom adalah untuk mengasingkan peranan pengawalseliaan daripada kerajaan yang dipraktikkan sebelum ini memandangkan semua lapangan terbang dan satu-satuanya syarikat penerbangan yang beroperasi ketika itu adalah berstatus milik penuh kerajaan.
Ia juga bertujuan mengembangkan industri dengan menarik lebih banyak pelabur dan peserta, yang hanya boleh direalisasikan sekiranya pengawalseliaan dirangka dan dikuatkuasakan secara bebas dan telus.
"Justeru itu, peraturan mesti jelas dan adil untuk semua pihak," katanya.
Beliau berkata: "Sebelum ini, keputusan mengenai hak trafik perlu dibuat Kementerian Pengangkutan dan kadang-kala perlu dibawa ke Kabinet, ini menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengendali syarikat penerbangan memandangkan ada pihak yang berjaya dan yang lain tidak memperolehinya. Wujud persepsi bahawa syarikat milik kerajaan diberi kelebihan.
"Apabila Mavcom dibentuk, dan kita percaya peruntukan trafik perlu menjadi satu proses yang amat mudah. Kami mendigitalkan sistem permohonan, yang dipanggil fail aero, yang membolehkan syarikat penerbangan menfailkan permohonan penerbangan. Ia amat telus dan pastinya tidak sepatutnya menimbulkan sebarang pertikaian."
Nungsari mengulangi bahawa peranan Mavcom adalah berkaitan pelesenan dan memantau persaingan ekonomi dan prestasi, melindungi pengguna menerusi Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia selain mengawasi kualiti perkhidmatan lapangan terbang.
Selain itu, ia juga menasihati kerajaan berkaitan penerbangan.
"Kami juga meneliti isu berkaitan penggabungan, tingkah laku antipersaingan dan pengambilalihan antara peserta penerbangan," katanya.
Bagi aktiviti pengendalian darat, Nungsari berkata fasa pertama langkah rasionalisasi itu selesai dengan menyaksikan jumlah lesen telah dikurangkan.
Pihak pengendali darat perlu dikukuhkan lagi memandangkan kecekapan operasi di lapangan terbang bergantung kepada keberkesanan pengendali darat.
Mavcom telah menamatkan moratorium bagi permohonan baharu Lesen Pengendalian Darat berkuat kuasa 1 Jun, 2019.
Moratorium itu dilaksanakan pada 25 April, 2016 sebagai sebahagian langkah rasionalisasi Mavcom bagi industri pengendalian darat yang menyaksikan jumlah lesen dikurangkan daripada 64 kepada 29.
"Walaupun telah menamatkan moratorium itu, kami sebenarnya mahu melihat pengukuhan seterusnya. Perlu ada skala kepada pengendali ini," katanya.
Ditanya mengenai aduan yang disuarakan oleh syarikat penerbangan tahun lepas, terutamanya AirAsia, Nungsari mengatakan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak akan berpuas hati dengan apa yang mereka telah ada.
"AirAsia tidak akan pernah berpuas hati, saya tidak tahu kenapa, sedangkan kami menerima (kewujudan) mereka (di dalam industri)," katanya.
Menurut Mavcom, AirAsia Group menerima Hak Trafik Udara (ATR) paling banyak atau lebih 95 peratus daripada permohonan mereka.
"Kami sebenarnya memuji mereka atas kecekapan operasi dan sistemnya dalam menangani aduan pengguna," katanya.
Bagi Suasa Airlines Sdn Bhd dan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, beliau berkata Mavcom membatalkan permit perkhidmatan udara (ASP) Eaglexpress kerana gagal membayar vendor dan kakitangan sehingga membawa kepada penamatan permit.
"Lesen perlu diberikan kepada syarikat yang mempunyai sumber untuk menjalankan perniagaan mereka, diketuai mereka layak dan sesuai. Pihak yang mempunyai lesen seharusnya bertindak secara bertanggungjawab.
"Manakala bagi Suasa, mereka beroperasi secara haram dan didakwa di mahkamah. Undang-undang ini mesti dikuatkuasakan untuk melindungi reputasi pengawalseliaan Malaysia. Anda tidak boleh mengendalikan syarikat penerbangan tanpa lesen," katanya.
Beliau menegaskan industri penerbangan adalah industri yang berintensif modal tinggi yang perlu memenuhi piawaian antarabangsa dan aspek yang lebih penting adalah nyawa manusia.
"Kita tidak boleh mempunyai peraturan tanpa penguatkuasaan, jika tidak, syarikat penerbangan dan syarikat lain akan melihat Malaysia sebagai negara yang mengamalkan undang-undang 'ala koboi'.
"Kami mendengar aduan mengenai pihak saya menamatkan lesen untuk pengendali yang tidak berprestasi dan tidak memberikan lesen kepada syarikat yang betul dan sesuai, kami menerima itu, kerana itulah yang diperlukan untuk menjadikan sektor itu menarik pelabur.
"Jika ada pihak yang masih tidak selesa dengan tindakan Mavcom, bawa kami ke mahkamah. Undang-undang memperuntukkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019
NUNGSARI: Sebelum ini, keputusan mengenai hak trafik perlu dibuat Kementerian Pengangkutan dan kadang-kala perlu dibawa ke Kabinet, ini menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengendali syarikat penerbangan. - Gambar fail
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.