KUALA LUMPUR: Kegiatan memburu saham murah membabitkan kaunter perladangan, penjagaan kesihatan dan berkaitan kewangan melonjakkan dagangan Bursa Malaysia sebelum mengakhiri sesi urus niaga tengah hari ini.
Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.44 mata, atau 0.17 peratus pada 1,445.99 daripada penutup Isnin 1,443.45.
Namun begitu, indeks utama dibuka 0.66 mata rendah pada paras 1,442.79 dan kemudiannya berlegar antara 1,441.89 dan 1,446.68 di sepanjang sesi dagangan pagi.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 460 berbalas 331 manakala 440 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM893.61 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup agak tinggi semalaman terutamanya disebabkan aktiviti memburu saham murah selepas empat hari mencatatkan kerugian.
Bagaimanapun, kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran selepas hasil 10 tahun AS mencecah 4.531 peratus, atau tertinggi sejak 2007.
"Berdasarkan kepada itu, kami percaya sentimen di bursa tempatan mungkin berubah menjadi agak berhati-hati dan indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,440 dan 1,450 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.87 manakala Public Bank dan CIMB masing-masing menambah dua sen untuk mencatatkan harga RM4.20 dan RM5.56.
Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM10.12 dan Petronas Chemicals kerugian tiga sen kepada RM7.29.
Bagi saham aktif, Metronic dan Parkson, kedua-duanya menambah setengah sen kepada 2.0 sen dan 33 sen sementara Evergreen menambah lapan sen kepada 32 sen.
MQ Technology dan KNM pula kedua-duanya kekal pada 3.0 sen dan 12 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 11.93 mata kepada 10,716.80, indeks FBMT 100 peroleh 13.73 mata kepada 10,379.20 dan indeks FBM Emas Syariah meraih 5.07 mata kepada 10,968.36.
Indeks FBM Ace mengukuh 6.0 mata kepada 5,193.88 sementara Indeks FBM 70 susut 0.73 mata menjadi 14,283.47.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.86 mata kepada 16,196.52 dan Indeks Perladangan meningkat 19.89 mata kepada 6,925.09.
Indeks Tenaga susut 0.84 mata menjadi 895.31 dan Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian kehilangan 0.21 mata kepada 173.97
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.44 mata, atau 0.17 peratus pada 1,445.99 daripada penutup Isnin 1,443.45. - Gambar fail/Bernama
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.