Pada jam 5 petang, indeks penanda aras itu menokok 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.47.
Indeks itu dibuka susut 0.97 mata pada 1,624.50 dan bergerak dalam julat 1,624.50 hingga 1,634.27 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Namun, pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 614 berbanding 490 manakala 537 kaunter lain tidak berubah, 712 tidak didagangkan dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.91 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 3.47 bilion unit bernilai RM2.66 bilion pada Isnin.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata keyakinan dalam pasaran tempatan itu turut dipacu oleh pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh pemimpin Malaysia dan Singapura pada pagi ini.
Selain itu, beliau berkata pasaran tempatan dan serantau juga dijangka kekal memberangsangkan susulan pengumuman bank pusat People's Bank of China's (PBOC) mengenai hasratnya melaksanakan dasar monetari lebih longgar dalam 2025.
Di peringkat pasaran tempatan dalam kalangan komponen FBM KLCI yang dijangka meraih manfaat daripada JS-SEZ, adalah sektor pembinaan, hartanah dan utiliti yang turut mendahului kenaikan.
"Komponen itu turut melonjakkan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia yang menokok lebih 3.0 peratus manakala Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 1.61 peratus bagi mendahului sektor utama," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peserta pasaran juga dalam proses meneliti implikasi perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden dipilih Donald Trump yang akan bermula sejurus beliau mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.
Pada masa sama, Rizab Persekutuan AS akan mengeluarkan minit-minit mesyuarat dasar terakhir sebelum ini dengan jangkaan mengurangkan kadar faedah utama untuk kali ketiga berturut-turut, katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Gamuda meraih 34 sen kepada RM5.20, Petronas Dagangan naik 22 sen kepada RM20.04, Public Bank tidak berubah pada RM3.65 manakala Petronas Gas dan QL Resources masing-masing susut dua sen pada RM17.76 dan RM4.68.
Bagi saham aktif, Bumi Armada menambah dua sen kepada 68.5 sen, Nationgate melonjak 19 sen kepada RM2.95, Sime Darby Property meraih empat sen kepada RM1.73 manakala Zen Tech dan Talam Transform masing-masing tidak berubah pada 1.0 sen dan 2.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 25.68 mata kepada 12,546.84, Indeks FBM Emas Shariah naik 16.50 mata kepada 12,553.89, Indeks FBMT 100 meraih 30.40 mata kepada 12,219.11 manakala Indeks FBM 70 melonjak 39.89 mata kepada 18,943.51 namun Indeks FBM ACE turun 29.17 mata kepada 5,465.97.
Mengikut sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.68 mata kepada 175.19, Indeks Tenaga meningkat 3.45 mata kepada 858.72, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 62.35 mata kepada 19,036.69 dan Indeks Perladangan meraih 45.58 mata kepada 7,608.80.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut sedikit kepada 1.87 bilion unit bernilai RM2.96 bilion daripada 1.92 bilion unit bernilai RM2.38 bilion pada Isnin.
Selain itu, jumlah waran mengukuh kepada 1.55 bilion unit bernilai RM158.81 juta berbanding 1.05 bilion unit bernilai RM99.53 juta sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 487.74 juta unit bernilai RM177.77 juta daripada 505.90 juta unit bernilai RM174.65 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 195.10 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (453.82 juta), pembinaan (206.58 juta), teknologi (289.29 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (73.73 juta), hartanah (260.10 juta), perladangan (35.98 juta), REIT (14.52 juta), dana tertutup (17,900), tenaga (103.44 juta), penjagaan kesihatan (121.21 juta), telekomunikasi dan media (40.45 juta), pengangkutan dan logistik (34.56 juta), utiliti (42.41 juta) dan amanah perniagaan (629,300).
-- BERNAMA