KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali pulih dan dibuka lebih tinggi sedikit hari ini, disokong oleh aktiviti memburu saham murah walaupun terdapat sentimen berhati-hati di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.
Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 1.90 mata kepada 1,382.47 daripada 1,380.57 pada penutupan urus niaga Rabu.
Indeks utama berkenaan dibuka 4.29 mata lebih tinggi kepada 1,384.86.
Bagaimanapun di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 125 berbalas 113, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,920 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 86.93 juta unit bernilai RM51.56 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah sedikit berikutan sesi dagangan yang tidak menentu apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat lewat hari ini.
"Di pasaran tempatan, walaupun keadaan pasaran lemah, kami menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah dalam FBM KLCI selepas mencatatkan penurunan tiga hari berturut-turut.
"Justeru, kami mengunjurkan indeks berada dalam julat 1,380-1,400 hari ini, dengan sedikit tumpuan kepada sektor bank dan telekomunikasi," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen menjadi RM8.50 manakala Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare semuanya menokok satu sen untuk mencatatkan harga RM4.23, RM5.31 dan RM5.55 sementara Petronas Chemicals menambah tujuh sen kepada RM8.62.
Bagi saham aktif, Citaglobal tidak berubah pada 28.5 sen, Vinvest dan Tanco masing-masing naik setengah sen menjadi 19.5 sen dan 30.5 sen, Yew Lee menambah satu sen kepada 26.5 sen dan Shin Yang meraih 1.5 sen menjadi 78.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 6.43 mata kepada 9,858.83, FBM 70 susut 10.31 mata kepada 11,929.05, FBMT 100 lebih tinggi 8.09 mata kepada 9,612.10,Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 6.41 mata kepada 9,828.04 dan FBM ACE turun 19.23 mata menjadi 4,612.14.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.49 mata kepada 15,932.26, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.19 mata menjadi 170.43, Indeks Perladangan susut 14.62 mata kepada 6,349.90 dan Indeks Tenaga berkurangan sebanyak 0.62 mata kepada 674.16.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Di pasaran tempatan, walaupun keadaan pasaran lemah, kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah dalam FBM KLCI dijangkakan selepas mencatat penurunan tiga hari berturut-turut. - Gambar hiasan/Dagang News
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.