KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik dengan berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun 2022, meningkat daripada pertumbuhan 3.1 peratus pada 2021.
Ini akan disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan luar, penarikan balik sepenuhnya langkah-langkah pembendungan, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan keadaan pasaran buruh/tenaga kerja yang semakin baik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
"Selain itu, pelaksanaan projek-projek pelaburan dan langkah dasar yang disasarkan akan memberikan sokongan seterusnya kepada aktiviti ekonomi dan permintaan agregat," kata bank pusat itu dalam laporan Kajian Ekonomi dan Kewangan 2021 (EMR 2021) yang dikeluarkan pada Rabu.
BNM berkata pemulihan sektor swasta yang lebih kukuh, disokong oleh penambahbaikan pasaran buruh/tenaga kerja akan menjadi pemacu pertumbuhan utama pada 2022.
Kadar Pengangguran Dijangka Turun kepada 4.0 peratus daripada Tenaga Buruh pada 2022
"Apabila aktiviti ekonomi meningkat, kadar pengangguran dijangka terus berkurangan pada 2022 kepada kira-kira 4.0 peratus daripada tenaga buruh, disokong oleh langkah-langkah yang disasarkan untuk melonjakkan permintaan buruh, memudahkan kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran serta mengurangkan geseran pasaran buruh," kata bank pusat itu.
Ia menambah pemulihan berterusan dalam pekerjaan dan pendapatan dijangka memacu peningkatan dalam perbelanjaan isi rumah, manakala kemajuan dalam vaksinasi dan penarikan balik langkah-langkah pembendungan akan membawa kepada peningkatan dalam keyakinan pengguna selain beberapa permintaan terpendam dapat direalisasikan.
"Hasilnya, penggunaan swasta dijangka melonjak 9.0 peratus (2021: naik 1.9 peratus) manakala pelaburan swasta juga diunjur pulih, meningkat 5.3 peratus pada 2022 daripada 2.6 peratus pada 2021, disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan global dan pelaksanaan projek pelaburan baharu dan yang sedang dijalankan," katanya.
Mengenai pelaburan awam pula, BNM berkata ia diunjurkan berkembang 9.6 peratus pada 2022 berbanding penguncupan 11.4 peratus tahun lepas, didorong oleh perbelanjaan modal yang berterusan oleh kerajaan dan syarikat awam.
"Penggunaan awam dijangka berkembang 1.2 peratus pada 2022 daripada 6.6 peratus pada 2021, penyederhanaan itu disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih perlahan dalam emolumen dan penguncupan dalam perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan," katanya.
Ia menyatakan bahawa langkah-langkah dasar yang disasarkan dijangka kekal untuk memudahkan momentum pemulihan.
Walaupun menyedari bahawa langkah-langkah pembendungan yang lebih meluas berpotensi untuk dilaksanakan semula disebabkan kebangkitan semula penularan COVID-19 seperti kemunculan varian membimbangkan (VOC) yang teruk dan tahan vaksin merupakan risiko penurunan utama kepada pertumbuhan domestik, BNM tetap mengunjurkan risiko keseluruhan condong ke arah bawah.
"Pertumbuhan global yang lebih tinggi daripada jangkaan dan peningkatan lebih kukuh daripada jangkaan dalam sektor berkaitan pelancongan di tengah-tengah pembukaan semula sempadan menimbulkan risiko meningkat kepada pertumbuhan domestik," katanya.
Semua Sektor Ekonomi Diunjurkan Berkembang Pada 2022, Diterajui Sektor Perkhidmatan
Menurut BNM, semua sektor ekonomi diunjurkan berkembang pada 2022, dengan sektor berorientasikan eksport terus mendapat manfaat daripada permintaan luar dan pengembangan kapasiti pengeluaran domestik yang kukuh.
Katanya sektor perkhidmatan dijangka menyaksikan pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.9 peratus daripada 1.9 peratus pada 2021, diikuti pembinaan (6.1 peratus daripada -5.2 peratus pada 2021), pembuatan (5.2 peratus daripada 9.5 peratus pada 2021), perlombongan dan kuari (2.5 peratus daripada 0.7 peratus pada 2021) dan pertanian (1.5 peratus daripada -0.2 peratus pada 2021).
Bank pusat itu menambah jangkaan pertumbuhan yang lebih tinggi bagi sektor perkhidmatan akan diterajui oleh subsektor berkaitan pengguna dan pelancongan; pertumbuhan dalam sektor pembuatan akan disokong oleh kelompok atau kluster elektrik dan elektronik (EE) berikutan permintaan global yang berterusan; dan pemulihan dalam sektor pertanian akan dipacu terutamanya oleh pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi.
Bagi sektor perlombongan, BNM berkata ia dijangka mencerminkan peningkatan berterusan dalam pengeluaran minyak mentah dan gas asli susulan pengoperasian kemudahan baharu seperti projek gas Pegaga di luar pantai Sarawak; manakala pertumbuhan dalam sektor pembinaan dijangka pulih berikutan pembukaan semula ekonomi.
Eksport Dijangka Berkembang 10.9 peratus, Import Meningkat 8.1 peratus pada 2022
BNM berkata permintaan global akan terus menyokong sektor luaran dengan eksport kasar diunjurkan berkembang 10.9 peratus pada 2022 daripada 26.0 peratus pada 2021, menyaksikan permintaan kukuh daripada rakan perdagangan utama untuk produk EE; manakala import kasar dijangka meningkat 8.1 peratus tahun ini daripada 23.3 peratus pada 2021, didorong sebahagiannya oleh permintaan untuk eksport perkilangan.
“Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia bagaimanapun akan terjejas oleh kesan konflik ketenteraan di Ukraine terhadap pertumbuhan global, terutamanya melalui saluran perdagangan,'’ katanya.
Sementara itu, BNM berkata akaun semasa dijangka mencatatkan lebihan yang tinggi iaitu 4.2-4.7 peratus daripada KDNK pada 2022 daripada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2021, dipacu oleh lebihan barangan di tengah-tengah keadaan permintaan luar yang terus kukuh dan harga komoditi yang tinggi.
Purata inflasi keseluruhan antara 2.2 dan 3.2 peratus pada 2022
Mengenai inflasi keseluruhan, bank pusat menjangkakan ia pada purata antara 2.2 dan 3.2 peratus pada 2022 di tengah-tengah inflasi asas yang lebih tinggi, manakala inflasi teras diunjur lebih tinggi antara 2.0 dan 3.0 peratus pada 2022 disebabkan keadaan permintaan yang lebih kukuh dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan.
Melangkah ke hadapan, bank pusat berkata dasar monetari pada 2022 akan terus menyokong pemulihan ekonomi yang mampan, sambil mengekalkan kestabilan harga.
"Keputusan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dipacu data dan dipandu oleh keseimbangan risiko yang semakin berkembang dalam persekitaran prospek inflasi dan pertumbuhan domestik," katanya.
Pembaharuan Struktur yang dilaksanakan dengan baik penting untuk tangani cabaran kritikal -- Gabenor BNM
Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menerusi kata pengantar yang terkandung dalam laporan itu berkata tahun 2022 bakal menjadi tahun yang membawa titik perubahan apabila kebanyakan negara secara progresif beralih ke arah pengurusan endemik COVID-19 sementara kadar pemulihan di Malaysia diunjurkan terus meningkat di tengah-tengah pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa.
"Walaupun kita masih belum pulih sepenuhnya tetapi kita lebih bersedia sekarang," katanya.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata pembaharuan struktur yang dilaksanakan dengan baik diperlukan untuk menangani cabaran kritikal bagi menggiatkan semula peluang pertumbuhan dan mengukuhkan asas ekonomi negara.
Nor Shamsiah berkata untuk Malaysia muncul lebih kukuh dan berdaya tahan, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada bidang utama pembaharuan struktur seperti peralihan ke arah pelaburan berkualiti tinggi yang mesti dilakukan seiring dengan pembangunan tenaga kerja sedia masa depan, mempercepatkan pembaharuan perlindungan sosial serta penggunaan pesat automasi dan pendigitalan selain dorongan berterusan untuk menerima pakai agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi kekal berdaya saing di peringkat global.
"Saya amat percaya bahawa ekonomi Malaysia akan terus maju. Dengan memastikan persekitaran ekonomi yang berkeupayaan dan berdaya saing, Malaysia akan berada pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada peluang pertumbuhan baharu, yang akan mempersiapkan kita menghadapi cabaran baharu dalam dunia pasca pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata 2022 bakal menjadi tahun yang membawa titik perubahan apabila kebanyakan negara secara progresif beralih ke arah pengurusan endemik COVID-19.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.