Karnival Kewangan kelima anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah, kata Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Menurutnya karnival tiga hari itu, yang diadakan di Wilayah Utara Semenanjung, berjaya menarik 25,000 pengunjung, melebihi sasaran awal sebanyak 20,000.
"Jumlah pengunjung dijangka meningkat lagi memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum sempena Hari Keputeraaan Sultan Kedah.
"Karnival ini yang menghimpunkan pelbagai penyertaan di bawah satu bumbung, terdiri daripada institusi kewangan, persatuan-persatuan institusi kewangan, agensi kerajaan serta institusi berkaitan, yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan serta khidmat nasihat kepada orang ramai," katanya dalam ucapan penutupan karnival itu di sini pada Ahad.
Abdul Rasheed berkata karnival itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan B40, yang datang bukan sahaja dari Kedah, malah dari kawasan lain termasuk Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Menurutnya pendidikan kewangan merupakan unsur yang penting dalam meningkatkan kadar celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Dengan peningkatan pengetahuan mengenai hal kewangan, pengguna dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan mereka dengan lebih baik.
"Justeru, karnival kewangan ini merupakan satu usaha bersepadu yang dirancang untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam segenap lapisan masyarakat, bermula daripada kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa," katanya.
Karnival tersebut dijadikan sebagai platform bagi BNM untuk berinteraksi dengan para pengunjung untuk mendalami aspirasi rakyat Malaysia berkenaan peranan sektor kewangan 30 tahun akan datang.
Aspirasi yang dikumpulkan akan diterjemahkan dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Karnival ini menerima 1,050 aspirasi daripada para pengunjung, yang secara amnya tertumpu kepada tiga aspek utama, katanya.
"Antaranya, mereka berharap menjelang 2050, transaksi kewangan akan dibuat tanpa tunai dan tahap celik kewangan dalam kalangan warga Malaysia akan meningkat ke tahap yang tinggi.
"Para pengunjung juga mahu institusi kewangan menawarkan produk yang sesuai untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
![Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61467604241_RasheedGhaffour.jpg)
Sambutan menggalakkan dalam Karnival Kewangan BNM di Kedah akan diteruskan di pantai timur.
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![BNM akan pastikan ringgit diselaraskan secara teratur - Gabenor BNM akan pastikan ringgit diselaraskan secara teratur - Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698048408_AbdulRasheed.jpg)
BNM akan pastikan ringgit diselaraskan secara teratur - Gabenor
Bank Negara Malaysia akan melaksanakan sebarang langkah perlu untuk memastikan ringgit terus diselaraskan secara teratur.
![Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692693418_ShaikAbdulRasheed.jpg)
Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan pada masa hadapan.
![Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686309174_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.
![Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686309174_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.
![Bank perlu proaktif, sokong peminjam dalam tempoh sukar - BNM Bank perlu proaktif, sokong peminjam dalam tempoh sukar - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631240869_bajet.jpg)
Bank perlu proaktif, sokong peminjam dalam tempoh sukar - BNM
Industri perbankan perlu proaktif dan memastikannya terus membina kapasiti yang diperlukan untuk memberi sokongan kepada peminjam yang memerlukan bantuan dengan cekap dan tepat pada masanya.
![Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61467604241_RasheedGhaffour.jpg)
Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur
Karnival Kewangan kelima anjuran BNM bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah.