KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan sebarang langkah perlu untuk memastikan ringgit terus diselaraskan secara teratur, yang membolehkan urusan perniagaan dipermudah.
Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata bank pusat menyediakan beberapa langkah pasaran yang boleh dimanfaatkan untuk merangsang ringgit sekiranya perlu.
Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita di luar Persidangan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) bertemakan 'Journey to Zero' di sini hari ini, beliau tidak berkongsi perincian mengenai langkah itu.
Abdul Rasheed berkata, walaupun paras ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah mencapai paras seperti semasa krisis kewangan Asia, negara tidak mengalami situasi krisis berdasarkan asas teguhnya yang digambarkan antaranya oleh pertumbuhan ekonomi dan sistem perbankan dengan permodalan kukuh.
Menurutnya pasaran mata wang beroperasi dalam persekitaran dolar AS yang teguh, dan pasaran kewangan terus terkesan dengan perkembangan geopolitik terkini.
"Hampir semua mata wang di dunia menyusut berbanding dolar AS, terutamanya di negara pesat membangun termasuk Malaysia.
"Apa yang ingin saya tegaskan adalah, walaupun kita telah mencapai paras seperti semasa krisis kewangan Asia, kita tidak berada dalam keadaan krisis. Ini berbeza berbanding apa yang telah kita alami sebelum ini, " katanya.
Beliau berkata baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga akan meningkat sebanyak 3.3 peratus, naik berbanding pertumbuhan 2.9 peratus pada suku sebelumnya.
"Kedua, kita mempunyai sistem perbankan yang kukuh, disokong oleh tahap permodalan yang tinggi dan aset yang teguh, dan mereka bersedia untuk membiayai ekonomi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
"Ketiga, sektor modal kita juga amat kukuh dengan lebihan akaun modal," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya ketika persidangan itu, Abdul Rasheed berkata berikutan pertumbuhan menerima momentum, disinflasi yang stabil, lebihan akaun semasa dan sistem perbankan yang mantap, pergerakan semasa ringgit dilihat lebih banyak dipengaruhi oleh perkembangan global.
"Namun, ini sudah pasti tidak menggambarkan asas ekonomi kita," katanya sambil memaklumkan ekonomi Malaysia pada masa kini adalah berdaya tahan, khususnya dari segi asas ekonomi, keteguhan sektor kewangan dan hutang pasaran kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Abdul Rasheed berkata bank pusat menyediakan beberapa langkah pasaran yang boleh dimanfaatkan untuk merangsang ringgit sekiranya perlu. - Foto Bernama
Musim tengkujuh: Tempoh getir nelayan pesisir pantai, ombak besar, laut bergelora
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh disifatkan sebagai tempoh getir buat pada nelayan psisir pantai yang hanya menggunakan bot gentian kaca bagi meraih hasil pendapatan.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Lapan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana penyalahgunaan dadah.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Saham perladangan, pembinaan pacu Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan.