KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) yakin bahawa industri perbankan akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank merangkap Pengerusi ABM Datuk Khairussaleh Ramli berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed bagi membolehkan Malaysia terus maju dan mengharungi tekanan semasa.
"Rekod prestasi Abdul Rasheed yang cemerlang, pengetahuan dan pengalaman yang luas akan menjadi kunci dalam menerajui BNM, salah satu bank pusat yang paling dihormati di dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Khairussaleh juga berkata sebagai bakat kelahiran tempatan yang sebenar, sepanjang kerjayanya dengan bank pusat, Abdul Rasheed telah menyediakan kepakaran untuk memacu ekonomi negara dengan memainkan peranan penting dalam membangunkan rangka tindakan kewangan berimpak tinggi.
"Pemahaman beliau yang meluas mengenai ekonomi domestik, serantau dan global adalah satu kelebihan besar bagi negara ini dan kami yakin bahawa industri perbankan akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan beliau.
"Sehubungan itu, kami berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan Abdul Rasheed dan pasukan di BNM," katanya.
BNM pada Jumaat mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan untuk melantik Abdul Rasheed sebagai gabenor BNM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028.
Beliau akan menyandang jawatan itu daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang menamatkan penggal lima tahunnya menjelang 30 Jun ini.
Sementara itu, Khairussaleh melahirkan penghargaan terhadap Nor Shamsiah di atas sumbangan beliau yang tidak terhingga kepada negara selama ini.
"Beliau telah berkhidmat dengan integriti tertinggi dengan meminjamkan pengetahuannya kepada industri kewangan di samping memperjuangkan inisiatif mengutamakan rakyat dalam membentuk Malaysia yang mampan dengan menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan," katanya.
Nor Shamsiah telah memainkan peranan penting dalam memacu bank pusat itu sepanjang tempoh perkhidmatannya dan telah memperkenalkan pembaharuan serta inisiatif berpandangan ke hadapan yang telah membantu negara mempercepatkan pemulihannya daripada pandemik COVID-19.
"Kami sangat bernasib baik kerana berpeluang berkhidmat bersama beliau dan berterima kasih kepada Nor Shamsiah atas sumbangan yang diberikan. Kami mendoakan kesihatan yang baik kepada Tan Sri dan setiap kejayaan pada masa akan datang," tambah Khairussaleh.
Sementara itu, Abdul Rasheed menyertai bank itu pada 1988 dan naik ke jawatan Timbalan Gabenor pada 2016.
Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan memegang MBA dari Said Business School, Universiti Oxford.
Sepanjang tempoh kerjayanya di bank pusat, Abdul Rasheed telah menerajui pelbagai jawatan kanan.
Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, jawatan yang disandangnya sejak 2015.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan serta pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Rangka Tindakan Sektor Kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk melantik Abdul Rasheed (gambar) sebagai gabenor BNM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028.
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.
Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.
Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.
Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.