KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini.
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
"MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan," memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Malah, BNM memaklumkan, MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan.
ni adalah kali kedua MPC memutuskan untuk tidak menaikkan OPR selepas mesyuarat pada 19 Januari lalu turut mengambil keputusan yang sama.
Pada 2022, MPC telah menaikkan OPR sebanyak empat kali dengan 0.25 mata asas bagi setiap kenaikan.
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan keputusan mengekalkan kadar tersebut adalah positif.
"Pengekalan seharusnya positif kerana dasar monetari yang akomodatif akan bersifat menyokong pertumbuhan disebabkan kos pembiayaan yang kekal rendah.
"Seharusnya ia akan menggalakkan permintaan domestik," tambahnya.
Astro Awani
Thu Mar 09 2023
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. - Gambar fail
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang berkaitan karbon
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang karbon khasnya berkaitan penghantaran rentas sempadan, sebelum perdagangan komoditi berkenaan dapat dimulakan.
SUKMA 2024: KBS puji Sarawak naik taraf kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, khususnya Lapang Sasar Menembak yang dilengkapi sistem elektronik.
Terjunan emas Elvis di pusat akuatik Pandelela Rinong
Sarawak membuktikan wilayah itu tidak ketandusan atlet terjun. apabila Elvis Priestly Clement mengungguli acara 3 meter papan anjal lelaki.
Nur Afrina leburkan rekod 100 meter wanita SUKMA
Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya SUKMA 2024.
Danish Iftikhar raja pecut SUKMA 2024
Danish Iftikhar mencatatkan 10.53 saat (s) untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.09 mata kepada 1,626.99 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.
Data KDNK yang mantap pacu pengukuhan ringgit berbanding dolar US
Perkembangan mantap ekonomi Malaysia pada 5.9 peratus semasa suku kedua 2024 telah memacu pengukuhan ringgit berbanding dolar US hari ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, didorong minat belian kukuh, KDNK suku kedua
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup lebih baik hari ini, didorong oleh data ekonomi yang menggalakkan di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Rasionalisasi diesel beri kesan minimum terhadap inflasi - BNM
Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulan langkah-langkah mitigasi kerajaan.
BNM denda Maybank RM4.32 juta, CIMB RM760,000 berikutan gangguan perkhidmatan berpanjangan
Bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.
Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim
Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan.
Momentum pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka mereda memasuki separuh kedua 2024
Momentum pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka mereda memasuki Separuh Kedua 2024 (2H 2024).
OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun - BNM
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul lebih kukuh 5.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 4.8 peratus pada Mei, disokong oleh pinjaman modal kerja dan pinjaman berkaitan pelaburan.