PETALING JAYA: Kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang melibatkan hampir 8,000 pelabur.
Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen berkenaan di Kota Damansara hari ini.
Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata DPK mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM12.5 juta dengan keseluruhan agihan dividen dan bonus sebanyak RM10.2 juta manakala peratusan agihan ialah 83 peratus daripada keuntungan bersih.
Beliau berkata kadar dividen berkenaan melibatkan enam peratus dividen dan dua peratus bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama.
"Kita sasar dalam masa terdekat sekurang-kurangnya 50,000 ahli melabur dalam dana peladang ... terdapat seramai kira-kira 921,000 ahli peladang di seluruh negara," katanya pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen itu di Kota Damansara hari ini.
NAFAS dalam kenyataan memaklumkan bahawa DPK turut mengumumkan satu peratus hibah bagi Akaun Simpanan Biasa Al-Wadiah DPK dengan jumlah keseluruhan komitmen bayaran sebanyak RM10.30 juta.
"DPK mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan konsisten walaupun mengalami ketidaktentuan ekonomi dunia pascapandemik COVID-19 dengan menguruskan dana berjumlah RM222 juta bagi tahun kewangan 2022," menurut kenyataan itu.
Pada majlis itu, DPK turut mengumumkan para pemenang bertuah yang menyertai Kempen Jom Melabur dan Menang bersama JomPAY yang telah berlangsung selama tiga bulan bermula Disember 2022 hingga Februari 2023.
Para peladang boleh membuat proses pelaburan dengan mudah dan selamat menerusi transaksi secara dalam talian menggunakan sistem perbankan JomPAY.
Seramai 18 pemenang terpilih melalui cabutan dengan tiga daripadanya ialah pemenang utama yang menerima sebuah motosikal, pemenang kedua (televisyen) dan pemenang ketiga menerima telefon bimbit, manakala 15 pemenang sagu hati menerima antaranya telefon bimbit (lima penerima) dan 10 pemenang menerima bar emas seberat 1 gram.
Pemenang kedua yang membawa pulang sebuah televisyen, Rosli Daud, 57, daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Selangor berkata kempen JomPAY memberi peluang kepadanya untuk menambah pelaburan serta berharap DPK dapat meneruskan lagi usaha untuk menarik pelabur dengan memudahkan proses pelaburan.
"DPK memberikan pulangan yang tinggi, dengan agihan dividen yang tidak pernah kurang daripada lapan peratus," katanya yang sudah melabur selama hampir lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![Kadar dividen Skim Pelaburan Khas DPK lapan peratus - Mohamad Sabu Kadar dividen Skim Pelaburan Khas DPK lapan peratus - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683891757_MohamadSabu.jpg)
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) menyempurnakan Majlis Pengumuman Dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) dan Rumah Terbuka Aidilfitri NAFAS 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023 PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712309932_TBSSPN.jpg)
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.6 peratus.
![LTAT isytihar kadar dividen lima peratus LTAT isytihar kadar dividen lima peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712199711_TBKhaledDividen.jpg)
LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.
![PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022 PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315942_TBptptn.jpg)
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
![Kadar dividen Skim Pelaburan Khas DPK lapan peratus - Mohamad Sabu Kadar dividen Skim Pelaburan Khas DPK lapan peratus - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683891757_MohamadSabu.jpg)
Kadar dividen Skim Pelaburan Khas DPK lapan peratus - Mohamad Sabu
Kadar dividen berkenaan melibatkan enam peratus dividen dan dua peratus bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama.
![Dividen KWSP pada 2022 melebihi kadar inflasi, hasil MGS 10 tahun - Pakar ekonomi Dividen KWSP pada 2022 melebihi kadar inflasi, hasil MGS 10 tahun - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677920687_TBepf.jpg)
Dividen KWSP pada 2022 melebihi kadar inflasi, hasil MGS 10 tahun - Pakar ekonomi
Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi simpanan konvensional dan simpanan shariah yang lebih rendah pada 2022 adalah dalam lingkungan seperti yang dijangka, menurut pakar ekonomi.
![Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645858178_TBpakmail.jpg)
Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.