Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat bergantung pada keadaan ekonomi global dan prestasi pasaran kewangan, kata pemerhati pasaran.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan kadar dividen 5.45 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus ke atas Simpanan Shariah bagi 2019 adalah pulangan yang baik setelah mengambil kira persekitaran ekonomi global yang tidak begitu menentu.
"Kita perlu realistik dalam menjangkakan kadar dividen bagi 2020.
"Tahun lepas, dasar perlindungan perdagangan dilaksanakan ketara khususnya antara Amerika Syarikat dengan China, serta dalam bidang kuasa lain seperti Eropah, Jepun dan Korea Selatan. Ketidaktentuan berkaitan Brexit juga mendorong pelabur berhati-hati seiring dengan prestasi tidak menentu yang dialami pasaran komoditi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pendedahan luas kepada pasaran pendapatan tetap akan memastikan KWSP mencatatkan aliran pendapatan di samping membolehkan potensi peningkatan kerana persekitaran kadar faedah lebih rendah boleh mendorong keuntungan modal memandangkan kadar faedah dan harga bon berkait secara songsang.
Instrumen pendapatan tetap mewakili 49 peratus jumlah aset keseluruhan KWSP, manakala peruntukan sebanyak 39 peratus dalam ekuiti akan memastikan dana persaraan itu meraih untung sekiranya ekuiti meningkat apabila ekonomi kembali pulih.
Dari segi lokasi geografi, pelaburan luar negara meliputi 30 peratus daripada aset keseluruhan dan menyumbang 42 peratus kepada pendapatan keseluruhan.
"Kesimpulannya, portfolio KWSP amat pelbagai, justeru, ia dijangka dapat bertahan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global," katanya.
Sementara itu, Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Lau Zheng Zhou berkata 2020 akan menjadi satu lagi tempoh mencabar seperti 2019 disebabkan kekurangan penggerak pertumbuhan ekonomi, seperti ditunjukkan menerusi penurunan pelaburan swasta dan awam yang berterusan.
Beliau berkata keyakinan pelabur, khususnya asing, turut akan kekal lemah disebabkan situasi domestik
"Kita baru sahaja memasuki 2020 apabila COVID-19 berlaku, dan kita masih tidak pasti sebesar mana kesannya namun memandangkan KWSP lebih kepada portfolio konservatif, ia sewajarnya dapat menjana pulangan yang baik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata KWSP telah menjelaskan bahawa ia perlu meningkatkan pendedahan di luar negara.
"KWSP dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain yang berasaskan simpanan perlu diberi lebih banyak peluang melabur di luar negara bagi kepelbagaian serta peluang dalam pasaran pesat membangun dan firma yang pantas berkembang.
"GLIC turut melabur dalam banyak syarikat yang sama, sekali gus itu meningkat (isu) risiko penumpuan. Jadi, baik juga untuk melaksanakan kepelbagaian luar dari pasaran domestik," katanya.
Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Tan Sri Dr Kamal Salih berkata di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang sukar, sentimen pasaran dan prestasi kewangan korporat turut terjejas, manakala pengurus institusi kewangan seperti KWSP tidak dapat bertindak secara lebih positif dari segi pengumuman dividen.
"Kita perlu berhati-hati, dan buat masa ini, pelabur asing akan terus menunggu penyelesaian kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara," katanya.
Melangkah maju, kajian MIER mendapati kesan susulan COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia masih kecil, terutama melibatkan sektor pelancongan dan pembuatan berorientasikan eksport.
"Ia boleh menjadi bertambah buruk dan menjejaskan pelancongan, namun kerajaan menguruskan situasi melibatkan COVID-19 dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
![Kadar dividen KWSP amat bergantung pada ekonomi global Kadar dividen KWSP amat bergantung pada ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544076923_KWSPLogo.jpg)
Ketidaktentuan berkaitan Brexit juga mendorong pelabur berhati-hati seiring dengan prestasi tidak menentu yang dialami pasaran komoditi. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763453_tbBankIslam.jpg)
Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.
![Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594199689_LogoBankIslam.jpg)
Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.
![Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732844253_tbBandarTunjongBa.jpg)
Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan
Cawangan Agrobank yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kiosk Rantau Panjang.
![Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602393326_BankIslam.jpg)
Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Pelanggan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan.
![Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025 Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732163017_AplikasiGObyBank.jpg)
Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.
![Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71584867220_BankIslam.jpg)
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
![Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731727610_AplikasiGObyBank.jpg)
Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.
![Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729492770_AbdulHalimIsmail.jpg)
Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.
![Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729397675_AbdulHalimIsmail.jpg)
Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.
![Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.