KUALA LUMPUR: Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Berita itu disahkan melalui catatan di laman Facebook rasmi Bank Islam Malaysia Bhd hari ini.

Menurut bank itu, Abdul Halim yang merupakan Pengarah Urusan pertama Bank Islam, adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan telah membentuk asas kewangan Islam di Malaysia.

Dedikasi dan semangat perintis beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan Bank Islam serta meninggalkan impak yang berkekalan dalam pembangunan industri kewangan Islam Malaysia.

-- BERNAMA