KUALA LUMPUR: Jumlah trafik udara pada Mei 2022 yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 83.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, dipacu terutamanya oleh pemulihan kukuh trafik antarabangsa, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan semalam, katanya jumlah RPK pada Mei 2022 mencapai 68.7 peratus daripada paras Mei 2019, sekali gus merupakan prestasi terbaik setakat ini pada 2022 berbanding perjalanan sebelum COVID-19.
Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh berkata pemulihan perjalanan terus meraih momentum berikutan orang ramai perlu melakukan perjalanan dan mereka berbuat demikian selepas kerajaan menamatkan sekatan COVID-19.
"Banyak kawasan laluan antarabangsa utama termasuk di Eropah dan laluan Timur Tengah-Amerika Utara telah melepasi tahap sebelum COVID-19.
"Menamatkan sekatan COVID-19 sepenuhnya adalah tindakan yang perlu dibuat akan datang, di mana Australia merupakan yang terbaru melaksanakannya minggu ini," katanya.
Bagaimanapun, Walsh berkata keyakinan terhadap pemulihan perjalanan tidak membabitkan China khususnya, yang menyaksikan penurunan mendadak bagi perjalanan domestik sebanyak 73.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Dasar sifar COVID-19 yang berterusan adalah tidak seiring dengan langkah yang dibuat di seluruh dunia dan ia menunjukkan pemulihan perjalanan yang lebih perlahan melibatkan China," tambahnya.
Walsh berkata, untuk jangka panjang, kerajaan perlu meningkatkan pemahaman dari segi bagaimana sektor penerbangan beroperasi dan bekerjasama lebih rapat dengan lapangan terbang dan syarikat penerbangan.
Dalam kenyataan berasingan, IATA menjelaskan, kelonggaran sekatan berkaitan Omicron telah membantu meredakan kekangan dalam rantaian bekalan dan menyumbang kepada peningkatan prestasi pasaran kargo udara global pada Mei.
Menurutnya, permintaan global pada Mei 2022 yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK) adalah 8.3 peratus rendah daripada paras Mei 2021 (-8.1 peratus bagi operasi antarabangsa), merekodkan peningkatan dari segi penurunan tahun ke tahun sebanyak 9.1 peratus pada April.
IATA berkata kapasiti bagi bulan di bawah kajian itu adalah 2.7 peratus melebihi paras Mei 2021 (+5.7 peratus bagi operasi antarabangsa).
"Ia lebih daripada mengimbangi penurunan 0.7 peratus tahun ke tahun pada April. Kapasiti meningkat di seluruh rantau dengan Asia-Pasifik mencatatkan pertumbuhan terbesar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Willie Walsh berkata pemulihan perjalanan terus meraih momentum berikutan orang ramai perlu melakukan perjalanan dan mereka berbuat demikian selepas kerajaan menamatkan sekatan COVID-19. - Foto fail/BERNAMA
SPRM komited kesiapsiagaan pegawai penuhi tuntutan negara
Azam berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Gelombang sejuk landa beberapa negeri di utara India, kabus jejas penerbangan, tren
Pada pagi Jumaat, stesen cuaca utama New Delhi di Safdarjung merekodkan suhu minimum 9.4 darjah Celsius.
Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km
Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gangguan penerbangan di Lapangan Terbang Gatwick UK disebabkan kekurangan petugas
Berpuluh-puluh ketibaan dan pelepasan terjejas pada petang Khamis, dengan penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka.
MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023
Prestasi itu berkembang baik kepada paras sebelum pandemik, didorong pemulihan trafik yang kukuh daripada operasi di Malaysia dan Turkiye.
Trafik udara dijangka meningkat pada 2023 susulan pembukaan semula sempadan China - Anthony
Pergerakan trafik udara antara Malaysia dan China akan meningkat tahun depan kerana akan ada penerbangan yang masuk dan keluar dari negara itu.
Jumlah trafik udara meningkat 83.1 peratus pada Mei 2022 - IATA
Jumlah RPK pada Mei 2022 mencapai 68.7 peratus daripada paras Mei 2019, sekali gus merupakan prestasi terbaik setakat ini pada 2022.
CGS-CIMB semak menaik unjuran trafik udara 2022 berikutan pembukaan awal sempadan
Syarikat penyelidikan itu turut menyemak semula unjuran trafik antarabangsa tahun 2022 kepada 40 peratus.
HSBC cadang Malaysia dan tiga negara serantau bentuk 'travel bubble'
Dalam satu laporan baru-baru ini, HSBC menyebut keempat-empat negara berkenaan berpotensi membuka pintu sempadan masing-masing.