Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2013 meningkat 1.6 peratus kepada RM114.94 bilion berbanding bulan yang sama setahun lalu, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Rabu.
Peningkatan jumlah dagangan ini disokong oleh pertambahan perdagangan dengan Perancis, China, India, Amerika Syarikat, Korea dan Thailand.
Eksport susut 2.9 peratus kepada RM60.01 bilion berbanding Mac 2012, manakala import meningkat tujuh peratus kepada RM54.93 bilion, kata Kementerian itu dalam satu kenyataan mengenai Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia di sini.
Ia berkata sebahagian besar penyusutan eksport itu dicatatkan oleh produk minyak sawit dan elektrik & elektronik (E&E) terutamanya unit penstoran bagi komputer.
Eksport yang lebih rendah dicatatkan ke Australia, Taiwan, AS dan Jepun.
Eksport barangan perkilangan bagi Mac mencatatkan pengurangan 3.5 peratus setahun lalu kepada RM40.41 bilion pada Mac 2013.
Produk eksport utama bagi bulan berkenaan ialah barangan elektrik dan elektronik (RM19.74 bilion), gas asli cecair (RM5.31 bilion), keluaran petroleum ditapis (RM4.62 bilion), kimia dan bahan kimia (RM4.12 bilion) dan minyak (RM3.63 bilion).
Dari segi import, kata MITI, kategori utama mengikut penggunaan akhir ialah barangan pengantara bernilai RM33.13 bilion atau 60.3 peratus daripada keseluruhan, barangan modal (RM9.11 bilion atau 16.6 peratus) dan barangan penggunaan (RM3.64 bilion atau 6.6 peratus).
Sementara itu, keseluruhan perdagangan Malaysia bagi tiga bulan pertama tahun ini bernilai RM322.38 bilion, meningkat 1.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2012.
Eksport susut 2.4 peratus kepada RM169.47 bilion, manakala import berkembang 6.2 peratus kepada RM152.91 bilion, dan ini menghasilkan lebihan perdagangan sebanyak RM16.55 bilion.
Antara lima rakan dagangan terkemuka, peningkatan perdagangan dicatatkan dengan Asean, dengan pertambahan sebanyak 4.7 peratus, China sebanyak 8.3 peratus, Kesatuan Eropah (4.1 peratus) dan AS (0.9 peratus).
Bagaimanapun, jumlah perdagangan dengan Jepun susut sebanyak 9.7 peratus.
Menurut perangkaan itu, eksport barangan perkilangan dari Januari hingga Mac susut sebanyak 3.2 peratus kepada RM110.7 bilion, bersamaan dengan 65.3 peratus daripada keseluruhan eksport.
"Penyusutan eksport barangan perkilangan ini terutamanya disebabkan oleh penurunan eksport produk E&E, sebanyak 4.9 peratus, terutamanya unit-unit penstoran bagi komputer.
"Bagaimanapun, peningkatan eksport barangan perkilangan dicatatkan bagi barangan diproses serta kelengkapan optikal dan saintifik," katanya.
Eksport barangan perlombongan meningkat sebanyak 7.4 peratus kepada RM40.7 bilion, manakala eksport barangan pertanian menguncup 17.2 peratus kepada RM16.7 bilion.
Eksport minyak sawit dan getah mentah masing-masing susut 20.5 peratus dan 11.5 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan harga.
Kementerian itu berkata import bagi tempoh Januari hingga Mac jumlah import meningkat 6.2 peratus kepada RM152.91.
Penggunaan akhir utama ialah barangan pengantara bernilai RM89.87 bilion daripada keseluruhan, barangan modal (RM24.31 bilion) dan barangan penggunaan (RM10.5 bilion).
Bernama
Wed May 08 2013
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Jumlah perdagangan M'sia Mac meningkat 1.6 peratus
Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2013 meningkat 1.6 peratus kepada RM114.94 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.