Industri kereta Malaysia merekodkan paras jualan kenderaan (TIV) yang tertinggi berjumlah 666,674 unit dalam 2015, mengatasi rekod tahun lepas sebanyak 666,487, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata persatuan itu menjangka TIV menurun sebanyak 2.5 peratus kepada 650,000 unit untuk 2016.
Kekukuhan prestasi 2015 disumbangkan oleh banyak faktor seperti normalisasi jualan kenderaan selepas pelaksanaan GST, pengenalan model baharu dan kempen jualan yang lebih agresif oleh syarikat kereta, terutamanya pada bulan-bulan terakhir tahun tersebut.
"Cabaran bagaimanapun kekal untuk tahun ini, dengan kelemahan ringgit terus menjejaskan keyakinan perniagaan dan sentimen pengguna," katanya pada taklimat media mengenai kajian pasaran dalam industri untuk 2015 dan prospek 2016.
Aishah berkata sektor automotif 2015 telah dipacu oleh pengenalan model baharu, pacuan empat roda, pikap dan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan keadaan ini dijangka terus memberi sokongan pada TIV tahun ini.
Beliau ketika mengulas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), berkata, perjanjian perdagangan itu tidak akan memberikan kesan berikutan banyak anggota-anggota MAA merupakan pembekal komponen tulen (OEM) yang hanya boleh menjual dalam pasaran domestik.
Bernama
Thu Jan 21 2016
Industri kereta Malaysia merekodkan paras jualan kenderaan (TIV) yang tertinggi berjumlah 666,674 unit dalam 2015, mengatasi rekod tahun lepas. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Jualan kereta Malaysia cecah paras tertinggi pada 2015 - MAA
Industri kereta Malaysia merekodkan paras jualan kenderaan (TIV) yang tertinggi berjumlah 666,674 unit dalam 2015, mengatasi rekod tahun lepas sebanyak 666,487, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA)