KUALA LUMPUR: Tekanan inflasi diunjur terus meningkat sepanjang tahun ini terutamanya disebabkan tekanan kos, berikutan harga komoditi, bahan mentah dan tenaga yang lebih tinggi.
Menurut AmInvestment Bank Research, gangguan bekalan dan caj pengangkutan yang lebih tinggi turut mempengaruhi tekanan inflasi.
Bagaimanapun, firma itu menjangkakan inflasi akan berlegar antara 2.8 hingga 3% di sebalik pasaran pekerjaan yang bertambah baik dengan kadar pengangguran tahun ini sekitar 4.1%.
"Selain itu, kami juga menjangkakan kemungkinan pemindahan harga akan berlaku daripada pengeluar kepada pengguna akhir.
"Namun, secara menyeluruh, tekanan terhadap inflasi akan dibendung menerusi subsidi.
"Ini akan memberi ruang yang mencukupi untuk Bank Negara Malaysia (BNM) mengelak daripada bertindak agresif ke atas dasar kadarnya," katanya dalam nota kajian pada Isnin.
Firma itu berkata, kenaikan 25 mata asas pada Julai dijangka bertujuan untuk menangani perbezaan kadar faedah dan menyediakan beberapa penampan untuk ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Jelasnya, sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM akan dipacu oleh data dan persekitaran luaran.
"Berdasarkan penilaian semasa kami, terdapat hanya 40% peluang untuk BNM menaikkan kadar ini pada September 2022," tambahnya.
Pada Jumaat lalu, Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) negara pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2% kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 yang berada pada 1.9%.
Inflasi teras mencatatkan peningkatan 2% tahun ke tahun pada bulan yang sama.
Kenaikan inflasi makanan, yang menjadi komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP, kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
Sementara itu, MIDF Research turut menaikkan unjuran IHP tahun ini kepada 2.5% daripada 2.1% sebelum ini dengan jangkaan inflasi makanan yang lebih tinggi berikutan lonjakan harga komoditi global.
Katanya, tekanan inflasi Malaysia dijangka terjejas secara tidak langsung disebabkan kenaikan harga komoditi, terutama melalui inflasi makanan yang lebih tinggi pada 3.5% berbanding unjuran awal sebanyak 2.3%.
“Pada masa hadapan, kami menjangkakan inflasi makanan domestik Malaysia akan kekal pada aliran meningkat berikutan peningkatan IHP makanan global dalam keadaan harga komoditi yang tinggi dan gangguan rantaian bekalan di Eropah,” katanya.
Menurutnya, aliran menaik dalam IHP teras menunjukkan tekanan harga asas daripada permintaan domestik yang semakin meningkat, disokong oleh keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan pembukaan semula ekonomi.
MIDF Research berkata, dengan inflasi kekal dalam 2 hingga 3%, BNM berkemungkinan akan menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada separuh kedua tahun ini berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
“Namun, kami berpendapat kerajaan juga akan mengambil tindakan untuk membendung inflasi sekiranya kenaikan harga komoditi dan gangguan bekalan yang berpanjangan dalam pasaran antarabangsa membawa kepada tekanan inflasi yang lebih kuat,” jelasnya. -DagangNews.com
Dagang News
Tue Apr 26 2022
Sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM akan dipacu oleh data dan persekitaran luaran. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Prospek jualan kenderaan lemah pada 2024, sektor automotif kekal 'neutral' - AmInvestment
Bagi tempoh 11 bulan tahun ini, sektor itu merekodkan jualan sebanyak 715,849 unit.
Belanjawan 2024 dijangka beri impak positif kepada sektor hartanah - AmInvestment
Pemangkin positif lain termasuk pembangunan Iskandar Malaysia dan potensi kelonggaran Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Prestasi kewangan pengeluar sarung tangan getah dijangka terus merosot pada suku ketiga
Perubahan itu disebabkan penurunan purata harga jualan (ASP) pada suku ketiga bagi meneruskan kos operasi yang lebih rendah manakala jumlah jualan kekal lemah pada suku tahun sebelum itu.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Malaysia kekal destinasi pilihan perkhidmatan pengujian, pemasangan semikonduktor
Menurut Persatuan Industri Semikonduktor, Malaysia menyumbang 24% daripada semua perdagangan global semikonduktor AS pada 2021.
Pemain O&G jangka aliran kerja meningkat sejajar kenaikan capex Petronas
Firma itu berkata, peruntukan itu adalah 26% melebihi paras perbelanjaan normal pra-pandemiknya sebanyak RM47.8 bilion pada 2019.
Inflasi diunjur terus meningkat, BNM mungkin naikkan OPR pada separuh kedua 2022
Sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM akan dipacu oleh data dan persekitaran luaran.
Malayan Flour Mills dijangka naikkan harga jualan tepung bagi tampung kenaikan harga gandum - AmInvestment
Peningkatan pendapatan daripada jualan tepung mencukupi untuk menampung kerugian dalam bidang penternakan ayam dan itik.
Bimbang gelombang baharu Omicron, AmInvestment semak turun penarafan sektor REIT kepada 'neutral'
Kemunculan gelombang baharu dengan kes Omicron yang lebih tinggi di dalam negara, mungkin memperlahankan kedatangan pengunjung dan pemulihan pelancongan domestik.