KUALA LUMPUR: Industri pertahanan tempatan perlu bangkit semula dan berupaya untuk berdikari tanpa bergantung kepada kepakaran dari luar, dalam usaha mengukuhkan keselamatan dan pertahanan negara, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Mohd Yazid Ahmad.
Beliau berkata STRIDE sentiasa bersedia berganding bahu dengan pemain industri pertahanan tempatan terutamanya dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Menurutnya, keupayaan berdikari ini bagi memastikan barisan pertahanan negara dapat mempertahankan kedaulatan negara dengan sumber dalaman tanpa atau dengan sokongan minimum daripada sumber atau syarikat pertahanan negara luar.
"Usaha untuk menyokong keperluan dan kesiagaan barisan pertahanan khususnya dalam bidang utama seperti bekalan peralatan asas ketenteraan, persenjataan serta penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjaya jika kepakaran tempatan terus diperkukuh.
"Malaysia telah mewujudkan industri pertahanan negara pada 1960, yang ketika itu memfokuskan pembangunan keupayaan menyenggara serta keupayaan memasang dan membina aset-aset ATM yang membawa kepada perkembangan industri ini telah berkembang kepada beberapa sektor utama antaranya maritim, aeroangkasa, automotif dan persenjataan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Yazid berkata sokongan kerajaan menekankan penggunaan produk keluaran tempatan, memastikan usaha mengembangkan industri ini berhasil termasuk komitmen dari segi kewangan untuk membangunkan peralatan dan sistem berteknologi tinggi dan berkualiti menerusi penyelidikan, bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah luar negara.
"Sekarang ini, STRIDE juga sedang giat melaksanakan kajian dan penyelidikan melibatkan ahli akademik serta pemain industri tempatan, termasuk menjalin hubungan strategik antara Kementerian Pertahanan dengan agensi berkaitan dengan menyediakan kemudahan geran serta dana khas bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan," katanya.
Beliau berkata STRIDE yang telah wujud sejak 54 tahun mempunyai lebih 100 pegawai dan kepakaran dalam teknikal dan pengujian antaranya pengujian kereta perisai mobiliti tinggi 4X4 pertama Malaysia dan pengujian jaket (vest) kalis peluru.
Beliau menjelaskan bagaimanapun, terdapat jurang institusi itu dengan pemain industri yang melihat daripada perspektif berbeza terhadap kajian atau pembangunan berkaitan produk pertahanan.
"Contohnya, kita berpendapat tiada ruang untuk penambahbaikan prototaip yang dihasilkan tidak mendapat permintaan atau menarik minat industri untuk dikomersialkan manakala pihak industri pula beranggapan prototaip yang dihasilkan tidak memenuhi keperluan pengguna akhir dan sukar untuk menarik pelaburan," katanya.
Mohd Yazid berkata isu berkenaan diatasi menerusi penyediaan dana dan platform oleh kerajaan bagi mempromosikan prototaip oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional.
Beliau berkata STRIDE sendiri berperanan penting dengan menjadi penghubung antara pihak yang berkaitan bagi melaksanakan kajian lanjutan atau menguji produk-produk yang bakal dan sedang dihasilkan untuk pengesahan kualiti dari aspek inovasi bagi industri tempatan.
Menyentuh mengenai pengkomersialan ciptaan inovasi tempatan, Mohd Yazid berkata negara ini mempunyai potensi yang tinggi kerana pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kelengkapan pertahanan.
Sejajar dengan potensi ini, beliau berkata pemain industri perlu mempelbagaikan produk bukan sahaja untuk sektor berkenaan malah kegunaan awam bagi meningkatkan peluang pasaran sekali gus dapat meluaskan jaringan pelanggan berpotensi bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
"Pewujudan pusat data sehenti bagi produk dan perkhidmatan pertahanan dan keselamatan tempatan bertindak sebagai e-Directory bagi mempromosikan syarikat pertahanan dan keselamatan negara yang berkeupayaan untuk rujukan semua pihak di seluruh dunia juga dapat membantu mengembangkan industri ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Yazid berkata bagi meningkatkan daya saing serta membangunkan 'talent pool', pendedahan asuhan bakat dan pembangunan kepakaran dalam aspek praktikal sains dan teknologi pertahanan perlu diberikan penekanan bermula daripada peringkat pengajian tinggi di institusi pengajian tempatan.
"Ini bagi melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam bidang pengkhususan melalui sektor ini, dan dapat digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan industri ini tanpa bergantung kepada industri pertahanan luar negara," katanya,
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
MOHD YAZID: Industri pertahanan tempatan perlu bangkit semula dan berupaya untuk berdikari tanpa bergantung kepada kepakaran dari luar. -Bernama
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.