KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata penganalisis.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Malaysia berjaya memohon Britain mengurangkan tarif minyak sawitnya - yang ketika ini antara 12 peratus sehingga sifar - sebaik sahaja menyertai pakatan ini yang sewajarnya mendorong lebih banyak eksport ke UK.
Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara melebihi AS$7.3 bilion (RM33.4 bilion) pada 2022 dengan UK mencatatkan lebihan dagangan kira-kira AS$786 juta (RM3.5 bilion).
Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan eksport minyak sawit akan meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan pada 2023 berikutan permintaan yang berterusan daripada negara-negara pengimport.
"Komoditi seperti getah (akan menerima manfaat daripada penyertaan UK) dan barangkali peningkatan bagi makanan segar boleh dimakan," kata Innes kepada Bernama sambil memaklumkan UK sedang bergelut dengan pasca Brexit.
"UK bukanlah negara mampu diri dari segi pengeluaran makanan. Negara itu mengimport 48 peratus daripada jumlah makanan yang digunakan dan perkadaran ini meningkat. Oleh itu, sebagai negara perdagangan makanan, UK bergantung kepada import," kata Innes.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula menyifatkan hubungan Malaysia-UK adalah menyenangkan dari segi pelaburan.
Projek Battersea Power Station adalah contoh bagaimana kedua-dua negara ini saling membantu dan melengkapi untuk mencipta nilai.
"Banyak rakyat Malaysia yang menerima pendidikan tinggi di UK. Sehubungan itu, CPTPP perlu membantu mempromosikan perdagangan dan pelaburan dua hala berikutan kos menjalankan perniagaan akan menjadi lebih efektif selepas penyertaan UK dalam pakatan itu," katanya.
Mohd Afzanizam berkata UK perlu lebih mesra ekonomi dengan negara-negara lain di seluruh dunia kerana ia "bersendirian" berikutan perlu mengakses bahan mentah dan buruh untuk pengeluaran selain pasaran asing.
"CPTPP menawarkan pendedahan lebih luas kepada ekonomi global dan ia berpotensi melibatkan China yang turut dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada pakatan itu.
"Walaupun kita masih belum pasti bagaimana China akan diterima berikutan perselisihan sedia ada dengan beberapa negara anggota, aspirasi UK untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan itu adalah munasabah dari segi ekonomi," kata Mohd Afzanizam.
UK adalah negara Eropah pertama yang menganggotai blok itu sejak diwujudkan pada 2018. Pakatan itu terdiri daripada negara-negara anggota G7 seperti Kanada dan Jepun, sekutu UK sejak sekian lama seperti Australia dan New Zealand, selain Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.
Mengulas aspek ini, Innes pula mempersoalkan sejauh mana keadaan ini akan memberikan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi UK.
"UK adalah ekonomi perkhidmatan yang besar dan sektor itu mungkin memiliki beberapa manfaat eksport. Bagaimanapun, saya berpandangan ia selari dengan sokongan rantaian bekalan UK yang boleh membawa kepada beberapa manfaat terhadap kos import domestik," kata Innes.
Ditanya sama ada penyertaan UK akan menjadi benteng kepada dominasi China di rantau ini, beliau berkata negara-negara Barat sedang berusaha untuk mengelakkan bekalan barangan China.
"Jawapan ringkasnya barangkali tidak secepat ini. Tetapi, itu tidak mungkin menghalang mereka daripada menyesuaikan semula sebahagian besar daripada ekonomi global," kata Innes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP. - Gambar hiasan/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.

MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.

Kaliskan masa depan minyak sawit daripada ancaman propaganda Barat
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menangani dakyah anti-minyak sawit oleh negara-negara Barat yang jelas bertujuan menjatuhkan industri sawit negara kita.

Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks
Tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.

Prospek industri minyak sawit pasca pandemik kekal cerah - CPOPC
Tahun ini, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik.

Malaysia, Indonesia digesa bekerjasama tingkatkan penggunaan minyak sawit
Dua pengeluar minyak sawit utama dunia itu perlu giat menyebarkan fakta sebenar bahawa minyak sawit dihasilkan secara lestari.

Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit
Januari lalu, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan secara berperingkat biodiesel yang menggunakan minyak sawit menjelang 2021.

Tiada amalan 'tebang dan bakar' dalam industri sawit Malaysia - PM Najib
Malaysia mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.