KUALA LUMPUR: Tentangan ekonomi maju terhadap minyak sawit - minyak masak yang paling banyak dihasilkan, digunakan dan diperdagangkan - semuanya bagi melindungi perdagangan kacang soya (minyak makan kedua paling banyak dihasilkan), sememangnya sudah diketahui
Malah, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) telah mengundi agar biofuel berasaskan sawit diharamkan sepenuhnya menjelang 2021, manakala biofuel berasaskan tanaman-tanaman lain akan dihadkan pada 7 peratus sebelum pengurangan secara beransur-ansur kepada 3.8 peratus menjelang tahun 2030.
Tindakan sedemikian dikaitkan dengan kepercayaan EU bahawa penanaman kelapa sawit harus dipersalahkan dalam kemusnahan hutan. Satu lagi larangan perdagangan yang menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia datang daripada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat import minyak sawit ke dalam ekonomi terbesar dunia itu atas dakwaan kononnya ada penggunaan buruh paksa.
Dalam kes EU, eksport minyak sawit ke benua Eropah menghadapi pelbagai halangan walaupun pengeksport komoditi itu dari Asia secara sukarela mematuhi peraturan pensijilan mampan di bawah skim Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari atau RSPO.
Malah, walaupun menjadikan keperluan kemampanan sebagai mandatori, ia sebenarnya bukanlah satu isu bagi pengeksport memandangkan minyak sawit yang mampan akan menerima harga pasaran yang premium.
Namun, kegagalan atau sikap teragak-agak pihak EU dalam mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) Malaysia dan Indonesia, iaitu Sertifikasi Perkebunan Kelapa Sawit Indonesia (ISPO) menghadirkan kebimbangan yang serius kepada kedua-dua negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu.
Ia satu keadaan yang pelik memandangkan Eropah hanya menyumbang 6.4 peratus daripada pasaran minyak sawit dunia, namun RSPO yang berlagak seperti kartel, berusaha untuk mengumpul tekanan daripada pengguna di pasaran Barat yang kaya raya untuk dilimpahkan kepada pengeluar minyak sawit Asia.
Imbas semula, Indonesia adalah negara pertama membangunkan skim pensijilan kebangsaannya sendiri, iaitu ISPO pada 2011, diikuti Malaysia empat tahun selepas itu dengan MSPO.
Sejak itu, kedua-dua negara telah berkempen secara global untuk mendapatkan pengiktirafan piawaian masing-masing serta hak untuk mentakrif minyak sawit yang mampan berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat mereka sendiri.
Padang yang tidak sama rata
Serangan-serangan yang tidak adil dan dakwaan-dakwaan baharu terus memburuk dan menjatuhkan industri di tengah-tengah aspek perundangan dan standard pensijilan sedia ada atas alasan bagi memastikan hak-hak pekerja dilindungi, sedangkan hakikatnya, penanaman kelapa sawit hanya melibatkan 0.31 peratus daripada lima bilion hektar kawasan pertanian global.
Seperti yang diketengahkan oleh Ahli Pusat Kajian Kemampanan Minyak Sawit Gambia atau Gambian Centre for Sustainable Palm Oil Studies (CSPO), Muhammed Magassy, tidaklah mengejutkan jika pengeluar minyak sawit utama seperti Malaysia dan Indonesia menganggap pendirian anti-minyak sawit EU sebagai "aparteid tanaman" memandangkan tingkah laku sedemikian menghidupkan semula asal-usul industri yang eksploitatif dan kolonial.
Ketika larangan biofuel oleh EU dilaksanakan, ia pada masa yang sama memberikan perlindungan yang licik apabila mengecualikan produk biji-biji minyak Eropah seperti 'rapeseed', sejenis tumbuhan selalu ditanam untuk menghasilkan minyak, dan juga biji bunga matahari - yang sebenarnya memerlukan lebih banyak tanah, air dan baja berbanding sawit - daripada sebarang jenis denda ekonomi.
"Kami di Afrika sangat tahu perkara ini; Dasar Pertanian Bersama (CAP) EU menyediakan subsidi tahunan sebanyak Euro EUR42 bilion (RM196.2 bilion) kepada petani domestik, dengan itu mengukuhkan keupayaan mereka untuk mengeksport pada harga rendah ke negara membangun," hujah Muhammed Magassy dalam artikel bertajuk 'Green Trade War on Palm Oil' yang diterbitkan oleh e-majalah The Parliament berpangkalan di London.
"Ini memberikan pengeluar Eropah kelebihan yang tidak adil dalam pasaran seperti Afrika, menyebabkan petani tempatan muflis."
Bayangkan sikap berat sebelah ini dibenarkan berleluasa walaupun minyak sawit juga mempunyai banyak manfaat kesihatan yang telah mendorong Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) melancarkan kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan untuk mempamerkan inisiatif serta pengurusan industri minyak sawit Malaysia yang mampan.
Menghapus halangan
Menghalang kemasukan minyak sawit sememangnya mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan pemain industri global yang khuatir keputusan sedemikian boleh mempengaruhi destinasi eksport utama lain untuk mengikuti langkah berkenaan. Sejak akhir-akhir ini, kempen anti-kelapa sawit dilihat disemarakkan semula - malah di peringkat sekolah juga - dengan mengaitkan kemunculan ladang-ladang sawit dengan kepupusan spesies orang utan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, stigma sebegitu muncul walaupun terdapat undang-undang untuk melindungi dan melarang pengembangan penanaman kelapa sawit di bawah program pemuliharaan sedia ada. Nampaknya tidak kira berapa banyak langkah pencegahan yang dilaksanakan, ia tidak pernah mencukupi.
Walaupun Malaysia dan negara jirannya, Indonesia yang merupakan dua pengeluar minyak sawit terbesar dunia tidak mempunyai niat untuk bermusuh, sudah tentu telah tiba masanya untuk industri minyak sawit mengambil tindakan yang lebih proaktif dan agresif untuk menangkis dakwaan tidak berasas oleh pesaing kuat di luar sana yang giat berkempen mempromosi jenis minyak sayuran boleh dimakan yang lain.
Sudah tiba masanya untuk semua badan pensijilan yang berkenaan tampil mempertahankan minyak sawit, menepis semua dakwaan itu. Sama ada peluangnya tipis atau sebaliknya, Malaysia dan Indonesia mesti secara proaktif meneruskan tindakan undang-undang mereka yang difailkan dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap sekatan EU ke atas biodiesel minyak sawit.
Kebenaran mesti dihebahkan
Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd, Mohd Nazrul Izam Mansor pada Sidang Kemuncak Minyak Sawit Kalis Masa Depan (FPPO 2021) November tahun lepas, pengeluar makanan dan perniagaan tani itu meletakkan komitmen yang kukuh terhadap pertimbangan kepentingan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam semua tindakan dan usahanya.
Ini jelas terkandung dalam dasar kemampanan kumpulan syarikat berkenaan, di mana FGV telah menerima dan mengguna pakai komitmen tiada penebangan hutan, tiada penanaman di atas tanah gambut dan tiada eksploitasi buruh paksa.
Dalam usahanya untuk memulihara biodiversiti dan hidupan liar, kumpulan itu telah memulakan inisiatif tiga tahun yang baharu bagi melindungi dan meningkatkan nilai pemuliharaan dan kawasan simpanan karbon yang tinggi dalam persekitaran ladangnya dengan menanam spesies pokok asli dan pokok buah-buahan liar yang cepat membesar.
"Perlindungan hidupan liar dan pengurusan konflik manusia-hidupan liar kekal menjadi keutamaan tinggi bagi FGV. Salah satu projek pemuliharaan kami melibatkan penyelamatan, pemulihan dan pembebasan Beruang Matahari Malaya yang cedera atau tersesat," kata Mohd Nazrul Izam dalam ucapan khas di FPPO 2021.
"Sementara projek ini sedang berjalan, kami telah memperluaskan program perlindungan spesies langka, di ambang kepupusan dan terancam dengan memasukkan gajah kerdil, ungka dan tenggiling."
Mengenai komponen sosial, FGV telah menumpukan usaha sejak beberapa tahun lalu ke arah memastikan pematuhan kepada hak asasi manusia dan piawaian buruh.
Usaha ini telah dipergiatkan sejak awal 2019, terutamanya dengan penggabungan FGV dengan Persatuan Buruh Adil (FLA) yang merupakan program jangka panjang untuk menambah baik struktur dan sistem bagi peningkatan amalan buruh FGV.
Walaupun begitu, FGV telah dikenakan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) CBP AS pada 30 September tahun lepas atas dakwaan penggunaan buruh paksa.
Namun, FGV telah melantik firma pengauditan bebas Elevate Ltd untuk mempercepatkan proses pengauditan yang akhirnya akan memberi laluan kepada penarikan balik WRO berkenaan.
FGV tidak bersendirian dalam keadaan yang sukar kerana sebuah lagi syarikat gergasi minyak sawit Malaysia, iaitu Sime Darby Plantation Bhd (Sime Plantation) juga tidak terlepas daripada tindakan WRO.
Pengeluar Minyak Sawit Mampan Bertauliah (CSPO) terbesar dunia itu dijangka mengemukakan laporan impaknya kepada CBP AS menjelang akhir April ini yang akan membuka laluan ke arah penarikan balik WRO yang dikenakan ke atas syarikat itu sejak Disember 2020.
Menariknya, Sime Plantation baru-baru ini mengumumkan bahawa ia sedang melaksanakan transformasi semua 33 kilang minyak sawitnya di Malaysia kepada kemudahan keselamatan makanan yang diakreditasi menjelang akhir tahun 2023 dan selepas itu, piawaian yang sama akan dilaksanakan di seluruh operasi kumpulan itu di Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Di pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, saya sedang mengusahakan pertemuan dengan CBP AS dan EU menjelang Julai tahun ini untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaan isu buruh paksa dan pada masa yang sama, menangani kesan daripada WRO yang dikeluarkan oleh CPB AS kepada FGV dan Sime Plantation pada tahun 2020.
Pada masa yang sama, wakil Malaysia akan menghadiri prosiding pertikaian mengenai dakwaan diskriminasi EU terhadap industri minyak sawit negara dari 8 hingga 18 Mei ini untuk kami memberikan pendapat mengenai isu itu.
Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menangani dakyah anti-minyak sawit oleh negara-negara Barat yang jelas bertujuan menjatuhkan industri sawit negara kita.
Di pihak kami, sudah pasti saya akan berjuang dengan agresif dan habis-habisan menentang tekanan-tekanan daripada pihak asing ini dan memberikan mereka semua bukti yang berkaitan. Kami akan tunjukkan kepada mereka bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperbodohkan.
* Datuk Zuraida Kamaruddin adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.
** SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
--BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Sudah tiba masanya untuk semua badan pensijilan yang berkenaan tampil mempertahankan minyak sawit, menepis semua dakwaan yang tidak benar. - Gambar hiasan
Bybit akan halang log masuk pengguna Malaysia berkuat kuasa 24 Dis
Bybit tidak mempunyai lesen untuk operasi di Malaysia.
Sumbang mahram: Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan
Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan.
Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas.
Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron
Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.
Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan
Menurut Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, ia sementara menunggu proses perkenan diraja, pewartaan dan penentuan tarikh kuatkuasa bagi pindaan-pindaan tersebut.
JKN nafi berlaku bebanan tugas berlebihan di Hospital Seri Manjung
JKN Perak menafikan berlakunya bebanan tugas berlebihan dalam kalangan pegawai perubatan di Hospital Seri Manjung sepertimana dilaporkan sebuah laman sesawang pada 12 Disember lalu.
Turunkan had alkohol demi keselamatan - Pakar
Pakar mencadangkan pengurangan tahap kepekatan alkohol dalam darah (BAC) ketika memandu bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.
Ketua Pusat Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, berkata tahap BAC di Malaysia, iaitu 0.05%, masih terlalu tinggi.
Ketua Pusat Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, berkata tahap BAC di Malaysia, iaitu 0.05%, masih terlalu tinggi.
Ibu bapa perlu peka masalah mental kanak-kanak
Sokongan ibu bapa sangat penting untuk membantu anak-anak yang berdepan masalah mental, menurut Pengarah Latihan Befrienders Kuala Lumpur, Ardy Ayadali.
Beliau berkata ramai kanak-kanak menunjukkan tanda tekanan atau kebimbangan tinggi selepas menjalani ujian depresi secara dalam talian, namun, ibu bapa sering menganggap masalah ini kecil atau tidak penting.
Beliau berkata ramai kanak-kanak menunjukkan tanda tekanan atau kebimbangan tinggi selepas menjalani ujian depresi secara dalam talian, namun, ibu bapa sering menganggap masalah ini kecil atau tidak penting.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.