KUALA LUMPUR: Petunjuk atau indikator ekonomi utama terkini Malaysia memaparkan prestasi yang memberangsangkan dengan momentum pemulihan berterusan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata susulan itu, prestasi eksport Malaysia kekal kukuh pada Disember 2021 dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion iaitu bulan keempat berturut-turut sejak September 2021, seiring dengan aktiviti ekonomi luaran dan domestik yang menggalakkan.
"Eksport pada Disember 2021 sekali lagi mencatat rekod baharu apabila mencecah RM123.8 bilion dan berkembang sebanyak 29.2 peratus bagi tahun ke tahun.
"Pada masa sama, import turut mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 23.6 peratus kepada RM92.9 bilion berbanding Disember 2020," katanya dalam kenyataan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia Siri 1/2022 yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas selanjutnya, Mohd Uzir berkata selaras dengan prestasi kukuh eksport dan import, jumlah dagangan turut melonjak sebanyak 26.8 peratus kepada RM216.7 bilion berbanding bulan sama dalam 2020, sekali gus menjadikan jumlah dagangan tertinggi pernah direkodkan iaitu RM2.2 trilion bagi 2021.
Beliau berkata prestasi Indeks Pelopor (IP) juga kekal positif pada November 2021 apabila meningkat kepada 111.3 mata daripada 109.4 mata pada November 2020 yang menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia meningkat secara beransur-ansur daripada impak COVID-19.
Jelas beliau, aktiviti ekonomi yang beroperasi berterusan akan mengukuhkan ekonomi domestik dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
"Namun begitu, cabaran dalam laluan pemulihan ekonomi dilihat mungkin berterusan dengan kehadiran varian baharu Omicron.
"Selain itu, bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini juga telah mengakibatkan sejumlah kerugian yang bersamaan 0.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar nominal Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Jelas Mohd Uzir, aktiviti ekonomi yang beroperasi berterusan akan mengukuhkan ekonomi domestik dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. - Gambar fail
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Tun Juhar
Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ju
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Indikator ekonomi utama papar momentum pemulihan berterusan - Jabatan Perangkaan
Prestasi eksport Malaysia kekal kukuh pada Disember 2021 dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion iaitu bulan keempat berturut-turut sejak September 2021.