Datuk Seri Idris Jala hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau bakal kembali menerajui Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dalam tweetnya berkata beliau kekal dengan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Saya sudah baca laporan yang membuat spekulasi bahawa saya akan kembali ke MAS. Saya tidak ke sana. Saya akan teruskan dengan tugas saya sekarang."


Idris sebelum ini diuar-uarkan bakal kembali mengetuai syarikat ini yang pernah diterajuinya dahulu, antara tahun 2005 dan 2009, sebelum dilantik sebagai senator dan seterusnya ke jawatan sekarang.