ISTANBUL: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa syarikat penerbangan di Asia Pasifik untuk mengukuhkan kesediaan mereka dalam peralihan kepada mandat bahan api penerbangan mampan (SAF).
Naib Presiden Serantau IATA bagi Asia Pasifik Philip Goh berkata dasar dan insentif kerajaan adalah penting untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran SAF.
Katanya pembangunan mandat SAF di Asia Pasifik tidak secepat di rantau lain.
"Kebanyakan syarikat penerbangan dan kerajaan di rantau ini baru memulakan perjalanan SAF mereka.
"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memacu perjalanan SAF, termasuk menggalakkan kerajaan di rantau ini untuk membantu melaksanakan dasar bagi meningkatkan pengeluaran dan penggunaan SAF," katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini serantau bagi Asia Pasifik dan Asia Utara pada Ahad.
Taklimat media itu diadakan di luar mesyuarat agung tahunan IATA dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia 2023 yang diadakan antara 4 Jun dan 6 Jun di sini.
Goh menekankan keperluan kepada peningkatan pengeluaran secara besar-besaran untuk industri penerbangan dalam langkah ke arah komitmen penyahkarbonan menjelang 2030.
"Bagi mencapai sasaran tersebut, terdapat keperluan untuk memiliki sekitar 450 bilion liter SAF (seluruh dunia) menjelang 2050.
"Kami tidak mahu melepaskan peluang itu. Sokongan daripada kerajaan dan rakan rantaian nilai akan diperlukan dalam perjalanan ini," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, IATA berkata pihaknya telah melancarkan siri pelan hala tuju yang bertujuan untuk menyediakan perincian langkah demi langkah tindakan penting kepada sektor penerbangan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata pelan hala tuju itu adalah gesaan kepada tindakan untuk semua pihak berkepentingan penerbangan "untuk melaksanakan kaedah yang diperlukan untuk menjayakan transformasi asas penerbangan ini dengan dasar dan produk yang sesuai untuk dunia sifar bersih."
Antara tumpuan utama ialah teknologi pesawat, tenaga dan infrastruktur bahan api baharu.
Menurut IATA, tumpuan untuk tenaga dan infrastruktur bahan api baharu ialah mengenai bahan api dan infrastruktur pembawa tenaga baharu dari lapangan terbang yang diperlukan untuk memudahkan penggunaan pesawat yang dijana oleh SAF atau hidrogen.
Tenaga boleh baharu memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan terhadap tenaga oleh sektor penerbangan dan pelan hala tuju menggariskan pencapaian untuk membolehkan pembangunan infrastruktur yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Philip Goh berkata, pembangunan mandat SAF di Asia Pasifik tidak secepat di rantau lain. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.