HeiTech Padu Berhad (HeiTech) melancarkan Secure-X, tawaran terbaharu untuk perniagaan Perkhidmatan Keselamatan Terurus yang diperkenalkan di Persidangan Cyber Security Malaysia-Awards, Conference & Exhibition kali ke-10 (CSM-ACE 2018) anjuran CyberSecurity Malaysia yang sedang berlangsung sehingga Jumaat ini.
Naib Presiden Eksekutif HeiTech dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Group, Abdul Halim Md Lassim berkata, mengambil peluang atas kepimpinan kerajaan baharu kini, HeiTech menjadikan acara ini sebagai platform terbaik memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber terurusnya dalam industri keselamatan siber.
"Secure-X menyediakan penyelesaian keselamatan siber moden dan perkhidmatan terurus kepada organisasi di Malaysia termasuk kerajaan dan perusahaan dalam mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan menawarkan nilai dari teknologi rangkaian hari ini di tengah-tengah persekitaran yang semakin kompleks.
"Teknologi dan penyelesaian Secure-X yang ditunjukkan di CSM-ACE 2018 akan membantu industri mengubah operasi mereka dan mendapatkan beberapa manfaat transformasi digital yang membawa kepada peningkatan keselamatan siber dan perniagaan," katanya.
Jelasnya, perkhidmatan keselamatan terurus Secure-X merangkumi pencegahan, pengesanan dan pemulihan meliputi sokongan menyeluruh dengan operasi berasaskan fokus tahap perkhidmatan kepada pelanggan.
"Teras penyelesaian terdiri daripada pengurusan kerentanan, pengurusan ancaman pintar, pengurusan pematuhan dan perundingan.
"Teras perkhidmatan pula terdiri daripada pelbagai lapisan keselamatan dari peranti titik hujung, sekuriti perimeter sehingga tahap aplikasi dan pematuhan keselamatan bersama kepakaran dalam setiap bahagian masing-masing," katanya.
Sementara itu, pada persidangan HeiTech Secure-Xchange, HeiTech membentangkan dua topik iaitu Mitos Keselamatan Perisian dan Transformasi Digital di samping topik menarik lain dibentangkan penceramah dari prinsipal teknologi dan pengguna yang berkongsi pandangan mereka.
HeiTech, yang telah menjadi pakar dalam industri keselamatan siber selama lebih dua dekad, menawarkan penyelesaian khusus untuk agensi kerajaan dan perniagaan.
Sinar Harian
Tue Oct 02 2018

HeiTech, yang telah menjadi pakar dalam industri keselamatan siber selama lebih dua dekad, menawarkan penyelesaian khusus untuk agensi kerajaan dan perniagaan - Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan P.Pinang tidak keluarkan satu sen pun bagi PSP - Jagdeep
Projek adalah inisiatif pembiayaan swasta yang mana syarikat terbabit, HTP, menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan dan pengoperasian sistem letak kenderaan bagi tempoh kontrak tujuh tahun.

HeiTech lancar penyelesaian keselamatan siber, Secure-X
Mengambil peluang atas kepimpinan kerajaan baharu kini, HeiTech menjadikan acara ini sebagai platform terbaik memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber terurusnya dalam industri keselamatan siber.