SHAH ALAM: Genting Hong Kong muflis tidak memberi impak kepada kecairan dan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).
"Maybank telah mengeluarkan kenyataan menyatakan ia tidak akan menjejaskan kekuatan kewangan bank itu. Saya fikir Kementerian Kewangan (MOF) akan memantau keadaan itu dengan teliti.
"Bagaimanapun, setakat ini berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Maybank, ia tidak memberi impak kepada kecairan kita dan saya fikir Bank Negara Malaysia (BNM) dan MOF akan mengambil langkah untuk memastikan kecairan dalam negara akan terus kukuh," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata pada amnya, Bank Dunia telah menyemak semula prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini yang agak baik.
"Dengan angka terkini yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kami menjangka untuk mencapai pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus dan ini juga sejajar dengan unjuran oleh MOF dan BNM Malaysia yang mengunjurkan pertumbuhan antara 5.5 dan 6.5 peratus pada 2022 yang ternyata merupakan prestasi yang lebih baik berbanding 2021 sebanyak 3.3 peratus," katanya.
Mengenai dokumen analisis kos-faedah (CBA) untuk ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Azmin berkata kementeriannya sedang meneliti dapatan laporan itu.
"Saya akan membentangkan dapatan laporan ini kepada Kabinet dengan harapan pada akhir Februari ini untuk mendapatkan mandat daripada Kabinet dan kami akan menjadikan dapatan CBA untuk CPTPP kepada umum.
"Kami menjangka untuk meneruskan perbincangan mengenai perkara ini dengan pihak berkepentingan untuk memastikan semua pihak memahami kewajipan oleh sektor swasta dan awam apabila berkaitan CPTPP dan apakah faedahnya dan kami menjangka untuk memuktamadkan proses ini pada suku ketiga tahun ini, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor Bil 1 Tahun 2022 di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bank-bank Malaysia kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran operasi - Kementerian Kewangan
Tengku Zafrul berkata, isu pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan.

Genting Hong Kong muflis tidak beri impak kepada ekonomi Malaysia - Azmin
Genting Hong Kong muflis tidak memberi impak kepada kecairan dan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.