KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mahu menegaskan bahawa sektor perbankan secara keseluruhan termasuk bank-bank yang terlibat dengan isu hutang tidak bercagar Genting Hong Kong Ltd kekal berdaya tahan dalam mengharungi pelbagai cabaran operasi perniagaan semasa.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata isu pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan dan isu pengisytiharan Genting Hong Kong sebagai muflis amat dikesali.
Beliau menegaskan bank-bank boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran berdasarkan kesanggupan bank tersebut mengambil risiko pada peringkat dalaman, penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.
"Tambahan pula dalam kes Genting Hong Kong, pinjaman telah diluluskan sebelum pandemik COVID- 19 melanda. Genting Hong Kong ini adalah syarikat yang terlibat dalam sektor libur termasuk pelancongan.
"Tapi apabila COVID melanda banyak syarikat yang bergantung kepada pelancongan terjejas. Ini sudah tentu sesuatu yang tidak dapat dijangka semasa pinjaman diluluskan," katanya menerusi laman Facebook beliau semalam.
Beliau berkata demikian selepas diminta Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk menjelaskan isu tiga bank tempatan yang dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).
Tengku Zafrul turut menekankan bahawa bukan bank tempatan sahaja yang memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong malah ia turut melibatkan bank-bank dari luar negara.
Beliau berkata semua bank-bank tersebut juga harus mematuhi garis panduan dalaman serta garis panduan bank pusat masing-masing sebelum memberikan pinjaman.
BACA: Genting Hong Kong muflis: Bank yang lulus pinjaman, bukan Menteri Kewangan, MOF atau pemegang saham
"Adakah Datuk Seri ingin memberi gambaran bahawa semua bank-bank dari luar negara ini juga telah bertindak semberono dalam memberikan pinjaman kepada Genting Hong Kong?" soalnya.
Tengku Zafrul turut menolak dakwaan mengenai pembabitan beliau sebagai Menteri Kewangan serta pemegang-pemegang saham bank-bank tersebut seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd dalam proses kelulusan pinjaman tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk memberi pinjaman bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham tetapi oleh bank-bank itu sendiri melalui proses usaha wajar dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.
"Saya yakin, sebagai seorang bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar juga sedia maklum tentang perbezaan antara peranan ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat," kata Tengku Zafrul.
Sementara itu, beliau berkata sektor perbankan sebenarnya telah mengalami banyak penambahbaikan berbanding tahun 1998 iaitu semasa Krisis Kewangan Asia dimana nisbah pinjaman tak berbayar pada Disember 1998 melonjak ke 18.6 peratus dan nisbah perlindungan kerugian pinjaman (LLC) adalah pada 55.9 peratus.
"Bagi setiap RM1 yang dipinjamkan, hanya hampir 60 sen diperuntukkan bagi menangani kemungkinan pinjaman tidak dibayar.
"Sejak krisis itu, sistem perbankan Malaysia telah diperkukuhkan dan kini lebih berdaya tahan. Hari ini, nisbah pinjaman tak berbayar hanya 1.4 peratus termasuk peruntukan nisbah pinjaman tidak berbayar separa bagi pinjaman oleh Genting Hong Kong.
"LLC kekal kukuh pada tahap 131.5 peratus berbanding 55.9 peratus pada 1998. Justeru, sistem kewangan Malaysia kekal kukuh dan tidak timbul sebarang masalah kecairan di pasaran," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 30 2022
Tengku Zafrul berkata, bukan bank tempatan sahaja yang memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong, malah ia turut melibatkan bank-bank dari luar negara. - Gambar hiasan
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.