KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa ahlinya mengambil perhatian serius terhadap gesaan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk perniagaan menjadi sebahagian daripada pendekatan 'whole-of-nation' (pendekatan keseluruhan negara) yang diperlukan untuk memastikan kestabilan ringgit.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, persatuan itu menyokong inisiatif yang dijalankan oleh bank pusat untuk menguruskan tekanan jangka pendek terhadap ringgit termasuk gesaannya untuk mendapatkan sokongan daripada pihak korporat dan pelabur untuk memastikan lebih banyak aliran masuk ke dalam pasaran pertukaran asing (FX).
Beliau menekankan bahawa semasa sesi libat urus dengan dewan perniagaan, majlis perniagaan, persatuan perdagangan dan ketua pegawai eksekutif dari pelbagai syarikat di Malaysia pada Jumaat lepas, BNM menggesa komuniti perniagaan untuk mengambil tindakan.
Soh berkata, BNM telah menekankan tindakan utama yang memfokuskan pada sikap 'Malaysia First', meminta perniagaan mengutamakan dan merealisasikan peluang pelaburan di peringkat tempatan serta memilih barangan domestik, perkhidmatan dan rekreasi.
FMM turut memohon entiti korporat untuk menguruskan aktiviti pelaburan yang meminimumkan aliran keluar dengan menangguhkan sebarang pelaburan baharu di luar negara dan menukar pendapatan pelaburan yang direalisasikan yang diperoleh di luar negara dengan cara yang lebih tepat pada masanya dan secara konsisten serta melindung nilai sebarang pelaburan baharu dan pelaburan besar di luar negara.
BNM juga menyeru mereka supaya berhemat mengurus aktiviti perdagangan dengan menggunakan kemudahan penyelesaian mata wang tempatan untuk meminimumkan pergantungan kepada dolar AS untuk tujuan penyelesaian perdagangan dan mengelak daripada menangguh pertukaran dan pembayaran import muatan hadapan melebihi apa yang diperlukan untuk keperluan perniagaan.
"Diharapkan tindakan kolektif BNM untuk memastikan kecairan yang mencukupi dalam pasaran FX domestik dan pengurusan dinamik operasi monetari dan sokongan daripada komuniti perniagaan, ringgit akan mengukuh dalam beberapa bulan akan datang," katanya.
Soh berkata, Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, penurunan nilai ringgit adalah sementara dan disebabkan faktor luaran, melangkah ke hadapan, pasaran kewangan menjangkakan unit tempatan akan terus meningkat berikutan kesan faktor luaran global sudah reda. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Soh berkata, FMM menyokong inisiatif yang dijalankan oleh bank pusat untuk menguruskan tekanan jangka pendek terhadap ringgit. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.

FMM mahu ahlinya ambil perhatian serius seruan BNM bantu sokong ringgit
FMM menggesa ahlinya mengambil perhatian gesaan BNM untuk perniagaan menjadi pendekatan 'whole-of-nation' untuk kestabilan ringgit.

FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh
FMM menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya.

Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.

FMM gesa supaya permohonan, kelulusan kuota pekerja asing disambung semula
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera.

Keterbukaan pentadbiran kerajaan penting untuk capai pertumbuhan ekonomi - FMM
Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan.

FMM rayu kenaikan surcaj tarif elektrik secara berperingkat
Pihaknya amat prihatin dengan kadar kenaikan surcaj yang ketara dan ingin merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos.

Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.

NCCIM lantik Datuk Low sebagai presiden baharu
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah melantik Datuk Low Kian Chuan sebagai presiden baharunya, berkuat kuasa Isnin, menggantikan Tan Sri Ter Leong Yap.

Dakwaan kilang sumber utama jangkitan COVID-19 tidak benar - Persekutuan pekilang
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu memberi penjelasan mengenai salah tanggapan mengenai dakwaan yang berulang di media bahawa kilang sebagai sumber utama jangkitan COVID-19.