KUALA LUMPUR: Paris Baguette Singapore yang dimiliki oleh firma Korea Selatan, SPC Group, akan melabur sebanyak RM130 juta bagi membangunkan pusat pengeluaran bakeri dan pengedaran pertama Paris Baguette dengan pensijilan halal di Johor.
Dalam kenyataan hari ini, SPC berkata pembinaan pusat berkenaan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dan beroperasi pada Jun 2023 selain menyediakan kira-kira 100 peluang pekerjaan baharu.
"Pusat SPC yang berpangkalan di Johor itu akan mengeluarkan kira-kira 100 produk bakeri seperti roti, kek dan pencuci mulut yang dibekal ke pelbagai cawangan Paris Baguette di negara-negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.
"Kemudahan itu akan turut berperanan sebagai hab pengeluaran dan pengedaran bagi tujuan pembekalan ke pasaran halal di masa depan seperti di negara-negara Timur Tengah," katanya.
Pengerusi SPC Group Huh Young-in berkata pusat itu akan menjadi asas bagi pengembangan perniagaan syarikat itu di Asia Tenggara selain membantu dari segi menembusi pasaran Timur Tengah.
"SPC Group juga berharap untuk turut sama menyumbang kepada pasaran makanan halal global yang luas dengan potensi nilainya melebihi US$2 trilion.
"Kemudahan baharu di Johor itu berkeluasan 16,500 meter persegi dan terletak di Taman Teknologi Nusajaya (NTP).
"Malah, NTP merupakan sebuah lokasi strategik dengan pelbagai akses ke lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa di Singapura mahu pun Malaysia yang menghubungkan semua bandar-bandar utama di Asia selain dapat menyokong usaha pengembangan perniagaan di Asia Tenggara dan Timur Tengah," katanya.
Huh berkata, selain faktor lokasi yang strategik dan dasar-dasar yang mesra perniagaan, Malaysia juga merupakan sebuah destinasi pelaburan bagi SPC Group berikutan landskap halal yang terdapat di negara ini.
Menurutnya, syarikat terbabit juga akan terus melabur secara agresif bagi mempercepat usaha pengembangannya di peringkat global.
SPC Group juga menyasarkan untuk membina sebuah pusat pengeluaran dan pengedaran tambahan global di Malaysia.
Selain itu, syarikat tersebut akan turut memanfaatkan pensijilan halal berkenaan dengan menumpukan pasaran Muslim yang mewakili kira-kira 24 peratus atau 1.9 bilion daripada jumlah penduduk dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

SPC Group akan melabur sebanyak RM130 juta bagi membangunkan pusat pengeluaran bakeri dan pengedaran pertama Paris Baguette dengan pensijilan halal di Johor. - Gambar hiasan/Facebook Paris Baguette Singapore

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Firma Korea Selatan SPC Group bina hab bakeri halal RM130 juta di Johor
Pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dan beroperasi pada Jun 2023 selain menyediakan kira-kira 100 peluang pekerjaan baharu.