KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menegaskan bahawa agensi ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Felda Invest, satu entiti klon yang tersenarai dalam amaran Senarai Peringatan Pelabur yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) baru-baru ini.
Agensi itu menjelaskan, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) adalah syarikat milikan penuh Felda yang sah dan tidak seharusnya disalah tafsir atau disamakan dengan Felda Invest yang dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur.
Sehubungan itu, Felda berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Khamis bagi memelihara kepentingan nama baik Felda dan integriti organisasi tersebut.
"Felda akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya entiti ini masih aktif dan bergerak menggunakan nama Felda secara tidak sah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pada masa sama, Felda turut menyeru kepada pelabur, warga Felda serta masyarakat awam untuk tidak terlibat dengan sebarang tawaran daripada entiti ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan nama Felda untuk kepentingan sendiri.
Bagaimanapun, Felda menyokong usaha SC sebagai pengawal selia pasaran modal Malaysia yang mengeluarkan amaran ini bagi melindungi pelabur.
Pada Selasa, SC meletakkan Felda Invest sebagai potensi klon kepada Felda di laman web suruhanjaya tersebut.
SC pada November 2020 memberi amaran mengenai peningkatan ketara skim penipuan 'firma klon' yang menyamar sebagai entiti sah, termasuk menyalahguna nama dan logo syarikat awam tersenarai (PLC) untuk memperdaya pelabur dan mendapatkan dana daripada mereka.
Firma-firma klon ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak wujud termasuk dalam bentuk saham PLC ini, dengan menjanjikan pulangan yang tidak munasabah dalam jangka masa singkat.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 28 2022
Felda menyeru kepada pelabur, warga Felda serta masyarakat awam untuk tidak terlibat dengan sebarang tawaran daripada Felda Invest.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.