Facebook menaiktaraf laman utamanya dengan memaparkan ‘akhbar peribadi’ yang disusun daripada kemaskini harian hingga ke berita global.

Suapan berita yang telah lapuk kini diperbaharui dengan rangkaian kemaskini yang lebih jelas dan tersusun. Tidak kiralah pengguna yang mengikuti kemaskini rakan mahupun melalui suapan berita.

"Ianya sebuah laman terbaik yang memperkenalkan ciri-ciri akhbar peribadi," kata pengasas Facebook Mark Zuckerberg sewaktu memperkenalkan edisi baru suapan beritanya.

“Ia sepatutnya dilengkapi dengan muka depan, berita utama atau ruangan yang membolehkan pengguna beralih ke topik pilihan."

Facebook mula memperkenalkan suapan beritanya secara berperingkat yang mula diperkenalkan untuk laman web komputer dan dalam peringkat percubaan ke versi telefon pintar dan tablet tidak lama lagi.

Setiap suapan berita akan disusun secara automatik mengikut citarasa pengguna Facebook itu sendiri, menurut pengurus teknikal Chris Struhar.

Gambar dalam suapan berita akan dikumpul daripada kiriman rakan dan laman web pilihan pengguna.

Sekiranya pengguna Facebook yang mengikuti laman CNN atau laman media yang lain, perkongsian popular atau yang paling diperkatakan akan terpapar.

Penggemar muzik dan filem akan mengikuti suapan berita mengenai perkembangan terbaharu kumpulan muzik, selebriti, filem atau topik yang diminati.

Struhar memberitahu AFP "kami berharap pengguna mendapat apa yang diinginkan tanpa perlu meninggalkan laman Facebook untuk mendapatkan berita dari Google mahupun Yahoo.

“Kami telah meluangkan masa yang panjang untuk mendapatkan reaksi pengguna yang menggunakan suapan berita setiap hari," menurut Struhar.

"Pengguna inginkan lebih pilihan dan kawalan berita yang terpapar di laman mereka."

Apabila bilangan kandungan yang dikongsi di Facebook meningkat, tempoh masa yang diperuntukkan pengguna untuk laman sosial dapat dikurangkan. Ini memastikan pengguna berhubung dengan berita yang menjadi pilihan mereka sahaja, menurut Facebook.

"Ianya direka untuk memperhebat perkongsian dan trend semasa," menurut Zuckerberg. "Saya tak fikir Facebook akan menawarkan kandungannya sendiri."

Setakat ini tiada perancangan untuk menukar bilangan iklan yang disiarkan di laman web sebagai sebahagian daripada polisi baharu kami, menurut Zuckerberg.

Suapan berita pada mulanya didominasi oleh teks," menurut Zuckerberg.

"Kini kamera berada dalam poket, telefon pintar dan kandungan utamanya merupakan gambar."

Sehingga hujung 2011, peratusan suapan berita yang dikongsi meningkat daripada 25 ke 30 peratus, menurut Facebook.

"Sudah tentu kita mahu berkongsi dengan rakan-rakan dan kita juga mahu mendapat kemaskini daripada media, artis, pemimpin dunia dan sebagainya," menurut Zuckerberg. "Inilah pembaharuan dalam suapan berita."

Suapan berita akan memfokuskan kiriman utama yang di kongsi rakan-rakan menerusi media sosial, aplikasi Pinterest atau Instagram. Ianya turut memuatkan berita rakan karib anda seperti mendapat pekerjaan baru.

"Apabila terjaga daripada tidur, saya dapati rakan-rakan berkongsi perkara yang sama, saya tahu ianya hal yang menyeronokkan," menurut Pengarah Reka Bentuk Facebook Julie Zhuo.

"Anda akan diperkayakan dengan suapan berita lebih kemas dan mudah yang memfokuskan perkara yang diminati, kiriman rakan-rakan dan trend semasa."

Berhubung isu iklan suapan berita pada telefon pintar, Facebook memperoleh keuntungan yang lebih pada tahun lalu, berbanding iklan yang dipaparkan menerusi medium lain, menurut pemantau industri eMarketer.

Syarikat yang bertapak di Menlo Park, California memperuntukkan 18.4 peratus untuk pengiklanan menerusi internet pada 2012, menurut eMarketer.

Perniagaan Google berasaskan Internet juga menunjukkan perkembangan dan eMarketer menjangkakan konglomerat Internet memperoleh pegangan 17 peratus.

Pemasaran pengiklanan Internet meningkat dua kali ganda kepada $4 bilion tahun lalu dan eMarketer menjangkakan peningkatan kepada $7.19 bilion pada tahun.